Suasana Syawal

Lepas anak-anak beransur sembuh, turn aku dengan habi pulak tak berapa sihat skrg ni. Flu & batuk silih berganti. Benar-benar diuji kami sekeluarga pada Ramadhan kali ni. Redha ajelah dengan harapan dapatlah hapus dosa-dosa kecil yang menimbun tu. InsyaAllah.

Hari ni dah 23 Ramadhan. Tak berapa lama je lagi Syawal nak muncul. Tolak hari ni, minggu depan 2 hari je aku kerja sebelum start bercuti pada hari Rabu dan naik bekerja semula pada hari Selasa. Dari dulu lagi kalau turn balik ke Johor dulu, aku prefer cuti awal masa kita masih dalam bulan puasa. Persiapan nak menyambut Syawal tu lebih penting & seronok pada aku drp selepas masuknya bulan meraikan kemenangan tu.

Habis je 1 Syawal, feeling tu dah biasa-biasa je. Paling seronok pun hari pertama tu jelah sebab pagi-pagi dah sibuk menyiapkan juadah untuk kaum lelaki yang lazimnya akan makan sebelum & selepas Solat Sunat Aidilfitri. Lepastu bab nak siapkan anak-anak dengan baju baru pulak untuk ambil gambar kenangan sekeluarga. Lepastu barulah fikir nak berziarah ke rumah jiran tetangga or saudara mara.

Kadang tak sempat nak keluar, rumah dah kena serbu dulu. Jadinya sibuklah sepanjang hari dirumah melayan tetamu. Aihh..seronok pulak rasa hati mengingat suasana semasa Syawal sambil menaip ni. Semuanya terasa jelas diminda. Maklumlah dah 32 tahun hidup kat dunia ni kan. Banyak kali jugaklah dah merasa suasana tu saban tahun. Alhamdulillah diberi peluang merasai nikmat hidup bersama orang-orang tersayang.

Syawal ke-3 bersamaan hari Ahad, kami akan bertolak balik ke Semenyih & duduk lagi disana sampai hujung minggu. Moga pada 27hb July bersamaan 11 Syawal nanti, rutin biasa kami sudah kembali normal. Naurah dah boleh ke kindy, Nazif dah boleh ke taska. Mudah-mudahan, InsyaAllah.

Malam tadi sudah termimpi-mimpi orang dari Rotterdam dah kembali ke tanah air. Tak sabar nak tunggu hari Isnin. Moga dipermudahkan perjalanan mereka & selamat sampai. Amin.

Throwback juadah berbuka 2014 kahkahh >.<





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat