Teruji Lagi

Lately hati cepat betul tersentuh bila tengok viral di FB tentang kanak-kanak yang sakit. Ya Allah, sesungguhnya kesihatan tu sangat tinggi nilainya. Bila kita sihat, kita take it for granted. Bila kita dah pernah rasa kesakitan yang seakan tak tertanggung rasanya, then we will know how precious health is. 

Selain drp tu juga bila anak kita sendiri pun pernah ditimpa penyakit yang memakan masa lama utk sembuh. Lagilah kita faham betapa seksanya menjadi ibu bapa yang tak mampu berbuat apa-apa utk mengurangkan kesakitan yang anak kita hadapi. Takde daya. Hanya mampu melihat anak yang dalam sengsara.

Tiada ujian yang lebih hebat setelah mempunyai anak-anak apabila diuji dengan anak yang kesakitan. Luluh hati tak terkata. Kita teruskan berdoa dan berdoa memohon kepada Allah supaya mereka diberi kesembuhan. Hanya itu yang termampu. Kadang kita rasa seperti Allah tak mendengar permohonan kita. Kita rasa seperti mahu mengalah. Taknak dah berdoa pada Allah. Tapi apa lagi cara yang ada utk kita selain meminta kepadaNya?

Dia yang mengizinkan anak kita utk sakit & Dia jugalah pemberi sembuhNya. Ianya merupakan ujian. Itulah yang dinamakan ujian.

Menjadi aku yang sedang mengandungkan zuriat ke-3 ini, kudrat tenaga agak terbatas. Emosi mudah terganggu. Ianya ujian yang lebih berat dirasakan drp yang sebelumnya. Sejak semalam Nazif asyik menangis sebab gusinya bengkak nak tumbuh gigi. Sekali lagi aku teruji. Dia tak boleh minum susu, tak boleh nak makan. Terseksanya dia. 

Ramadhan kali ini sangat menguji kami. Memang sekali sekala aku rasa give up, kecewa, letih & sedih. Tapi sampai bila nak macam tu? Aku takkan dapat apa-apa dengan berputus asa dari rahmat & kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Tiba-tiba aku teringat firman Allah dalam al Quran.

' jika ditanya dimanakah Aku, jawablah bahawasanya aku adalah dekat '.

Ya, Allah sangat dekat dengan aku malah lebih dekat drp urat leher aku sendiri. Dia pasti mendengar. Cuma masa utk doa aku dimakbulkan belum lagi sampai. Allah ada perancanganNya yg tersendiri.

Aku harap aku dapat lebih sabar & tabah mengharungi semua ujian ni. Amin ya rabbal alamin.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat