Dari Perut Dia Datang

Secara rasminya, result buat BSP semalam ialah 6.7, 4.7, 4.6 & 6.3. Tak pastilah Doctor nak cakap guane esok. Harapnya tak perlu la sampai cucuk insulin. Doa sangat-sangat ni. Haha. Bila control makan, etlis adalah penurunan kan? Aku ingat dah balik rumah BBST insyaAllah minggu ni nanti, dapatlah amalkan jus sihat yang baik utk diamalkan oleh pesakit diabetis. Target bila doc suruh ulang balik buat BSP, bacaan semakin baik & baik. Sampailah bebas diabetis. Boleh gaknye kot kan? 

So apa dia bahan-bahan jus kesihatan tu? Aku jumpa kat blog yang akak tu memang masak menu diabetis utk bapanya. Dia yang share entah dapat dari mana tak sure pulak. Bahan-bahan femes utk pesakit diabetis iaitu batang seleri, epal hijau, peria katak & lemon. Kecuali lemon, bahan yang lain kita blender. Lemon tu amek perahan airnya jelah. Minum sekali sehari, insyaAllah makin turun bacaan gula dalam darah. 

Sekarang ni asyik fikir pasal diabetis je. Bab darah tinggi abaikan kejap pasal memang kena makan ubat dah pun. Tapi sebenarnya bila buat diet utk diabetis ni, kebaikannya terpalit sekali pada penyakit darah tinggi. Aku rasa lah. Memang penyakit manusia ni mostly datangnya drp gaya pemakanan kita jugak. Dari perut. Nak makan yg sedap aje. Lagi pulak masakan negara kita ni mostly memang tak sihat. Santan, gula, minyak memang wajib lah orang kata tu. Semua tulah penyumbang utama penyakit dalam badan kita ni. Bayangkan dah berpuluh tahun hidup menternak benda tak elok dalam badan. Sampai masa, mmg kebabom lah dia. 

Makin kita berusia, keupayaan organ badan kita utk bekerja pun makin perlahan. Masa muda, masa masih cergas aktif kesana sini, bolehlah sihat lagi. Bila umur makin tinggi, semua tu takkan sama lagi. Penyelesaiannya kenalah control makan & kalau boleh bersenam lah serba sikit. Kalau itu pun taknak buat, kenalah makan ubat. Haihh....

Siryes aku cakap, rasa tak sihat adalah sangat tak best okay. By 30's dah ada segala macam penyakit, rasa down jugak. Kena kuatkan tekad alang-alang dah mula jaga makan ni, kita teruskan jelah sampai bila-bila. Tubuh badan ni jugak amanah Allah pada kita kan? Kamon Sharena!!!









Itu diaaaa...makanan sedap yang semuanya kalau makan banyak-banyak memang menyumbang pada pelbagai penyakit. Sekarang mencicipi jelah boleh. Bersabar sajelah hehehe =P






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat