Inikah Kawan?

Entahlah. Susah nak terima sebenarnya bila kawan yang kita dah bertahun kenal tiba-tiba kelakuannya berubah menjadi seorang yang macam kita tak pernah kenal. Macam dia tu orang yg lain.Tak sangka pulak selama ni kita dah salah menilai diri dia. Kita ingatkan dia ikhlas berkawan dengan kita. Menjadi dirinya sendiri tanpa ada prejudis tentang diri kita secara diam-diam. Rupanya sangkaan kita itu salah.

Siapakah dirinya yang sebenar? Yang manakah perlakuannya yg palsu & benar? Aku jadi confused. Adakah semua kebaikkan yang pernah kita tahu tentang dirinya itu palsu? Yang buruk itu pulak? Sejak bila dia ada sifat buruk tu? Kenapa selama ni kita tak berapa nak nampak walau adalah jugak tempiasnya dapat dikesan sikit-sikit. Cuma tidaklah kita bajet teruk sangat sampailah semuanya terbongkar.

Apa yang dia dapat dgn mengata sana, mengata sini tentang kawan-kawan yang bila ada kelapangan berkumpul bersama? Kenapa perlu mengadu domba? Kalau betul-betul niat nak berubah menjadi manusia yg lebih baik, kenapa pada sesetengah orang dia masih cuba menabur fitnah? Perlukah begitu sedangkan orang yang dia fitnahkan sudah menutup cerita tentangnya.

Orang yang awak fitnah tu cuma bongkar sifat buruk awak yang berkenaan aje. Dia tak korek banyaaakkk lagi sifat buruk yang ada dalam diri awak & cerita pada kawan-kawan yang lain. Malu lah sikit awak tu! Jangan suka sangat bersangka buruk kat orang. Awak tu mungkin ya, ada masalah hati. Tapi orang yang awak fitnah tu tak macam awak pun. Dia cuma nak bersihkan nama dia yang awak dah burukkan. Hal yang lain dia simpan kemas-kemas taknak lebih mengaibkan diri awak pun. Sedar lah diri sikit!

Puas agaknya hati awak dapat keruhkan silaturrahim antara manusia yer? Apa yang awak dapat lagi selain drp tu? Agaknya awak happy lah kan hilang ramai kawan secara berjemaah sekaligus gitu. Aman agaknya hidup awak dengan family awak skrg. Tak terasa lagi kawan-kawan mengambil kesempatan & mempergunakan diri awak.

Saya tak tahu pulak dalam berkawan, pertolongan itu boleh ditafsirkan sebagai mempergunakan. Tapi untuk sesetengah orang yang hatinya busuk macam awak mungkin memang macam tu lah pemikirannya. Berbuat baik kepada orang lain perlukan keikhlasan hati. Kalau tak ikhlas, tak perlulah nak buat. Buat penat je berlakon sebab awak takkan dapat pahalanya pun. Kita tolong menolong bukan mengharapkan balasan sesama kita. Tapi bagi orang yang hatinya bersih, dia akan rasa gembira bila menggembirakan hati orang lain. Pahala tu cuma bonus untuk bekalan kat akhirat nanti. Itulah kawan yang sejati.

Allah je tahu betapa kecewanya saya dengan awak. Saya masih ingat segala kebaikkan awak selama bertahun kita berkawan. Sekarang awak dah taknak berkawan dengan saya. Tak apalah. Mungkin itu yang terbaik. Hanya Allah yang tahu. Bila awak minta maaf, saya ikhlas maafkan cuma inilah ada sisa-sia kekecewaan yang saya tetap mahu nukilkan dalam personal blog saya ni. Supaya jadi kenangan & pengajaran dimasa hadapan.

Antara kita sudah tiada apa. Saya juga dah minta maaf pada awak selama kita berkawan sebelum ni. Saya doakan yang terbaik utk awak. Moga awak dapat jadi hamba Allah yang lebih baik spt yg awak idamkan. Berubahlah kerana diri awak & Allah. Cubalah buang sifat dengki & iri hati pada orang lain. Kita hidup kat dunia ni bukannya lama mana. Jagalah mulut. Jagalah hati. Perbaikilah solat kerana segalanya bermula dari situ juga.

Ada sebab kenapa ramai orang tak suka pada kita. Cerminlah diri.

 




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat