Jom Kuat Sesama

Rasa tak berapa sihat pulak hari ni. Maybe tak cukup makan kot. Yelah tuuuuu =P breakfast roti wholemeal je 2 keping dengan air masak. Itu jelah breakfast harian aku kat office sekarang. Yang paling mudah tak payah fikir banyak. Sekarang tak fikir nak makan sedap dah. Asal perut kenyang cukuplah.

Lunch selalunya aku ratah sayur, lauk pauk & buah kat cafe hotel je. Nasi memang tak ambil dah. Kenyang pasal kuantiti boleh ambil suka hati. Malam kat rumah in law baru makan sesenduk nasi & lauk yg ada. Most of the days inilah rutin pemakanan aku kat office.

Now dah masuk 23 weeks. Starting from 20 weeks, baby dikatakan membesar dengan lebih cepat & perlukan lebih banyak makanan kot dari aku. Yelah tu =P itu pasal agaknya diet aku ni kurang makan ke gane jadi aku rasa tak sihat badan sangat. Tekaan aku jelah. Entah betul entah tak. Tapi tetap lah jgn berangan nak makan banyak ye. Kena ingat kata Doc Fatimah. Yang paling penting istiqomah. Sekali sekala aku cheat jugak hehe =P

Esok nak buat BSP test sendiri. Alat semua dah ada. Buat kat office jelah tak perlu ambil cuti yang tinggal nyenyawa ikan dah tu. Jumaat ni kena bawak result jumpa Doc Fatimah. Aku berharap sangat diet diabetis aku sejak 2 bulan yang lepas dah nampak keberkesanannya pada tahap gula dalam darah aku. Kalau tetap tak okay, tersangtlah mak rasa kecewa. Bermakna kena cucuk insulin gak kot. Tidaaaaaakkkkkkk!! Mak takot.

Risau kdg tu dengan keadaan baby dalam perut. OK ke tidak dia kat dalam sane. Baru dapat berita dr geng blogger kata jiran dia pregy 7 bulan baby tak bergerak & pergi hospital doc kabo dah takde heartbeat babynya. Ya Allah, dugaan yang hebat itu. Aku ni dengan byk komplikasi lagilah tinggi chances nak jadi yang tak elok. Entahlah. Boleh doa pada Allah je bab gini.

Sorry baby awak dapat mak banyak penyakit macam ni. Be strong ye kat dalam sane! Kita go through semua ni sama-sama. Moga Allah permudah.


Abang awak yang kuat masa dlm perot mak. Awak pn kena kuat OK!

P/S: sedihnya lunch tadi semuanya keluar balik masok lobang toilet. agaknya perut dah masuk angin. meluncur laju keluar segalanya. bukan rezeki makyong





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat