Macam Mana?

Kadang kita rasa ujian yang Allah bagi kat kita dah berat sangat. Sampai tak tau nak hadapi macam mana. Tapi percayalah sebenarnya ada orang lain yang ujiannya jauh lagi berat drp kita. Jangan pernah perlekehkan ujian orang lain. Ada orang dia tak tunjuk keluh kesah yang dihadapinya. Dia simpan tak cerita kat siapa-siapa. Kita cuma nampak zahirnya betapa bahagianya hidup si polan si polanah itu, but we will never know apa yang sebenarnya dihadapi mereka.

Ada ramai manusia yang kita nampak hidup bahagia sampai kita rasa jeles sangat. Berharap nak kehidupan sepertinya. Siapa tahu disebalik apa yang kita nampak tu tersembunyi pelbagai kisah duka. 

For almost 33 years I have lived, pelbagai dah fasa ujian yang Allah bagi. At times memang rasa tak boleh nak harungi tapi disinilah aku masih lagi hidup & diuji dengan cabaran yang datang silih berganti. Bila ditoleh kebelakang, ujian yang dulunya rasa tak boleh nak go through tu at the end berlalu jua. Apa maknanya?

Maknanya bagi aku betullah kata Allah yang Dia takkan pernah menguji hamba-Nya dengan ujian yang tak mampu dihadapinya. Somehow kita mesti dapat laluinya. Pelik kan kalau kita fikir-fikir.

Ujian tanpa mengambil pelajaran drpnya adalah sia-sia. Begitulah fikiran aku. We learned from the challenges.  So for the next challenges, we can be strong & being more positive to handle it.

Memang akan ada ups & down. Lumrah manusia. Tapi janganlah terus menerus menangisi nasib diri. Masalah takkan boleh selesai dengan cara tu. Merintih & menangis lah pada Allah. Mohon Dia berikan petunjuk jalan yang terbaik utk diri kita. Mohon Dia bagi kita kekuatan & kesabaran. Bukan meminta yang bukan-bukan.

Kita takkan pernah tahu apa yang terbaik utk diri kita. Ianya rahsia Allah. Jadi mintalah pada Dia yang terbaik itu. Berlapang dada lah. Diri kita ni kadang kita pun tak tahu sekuat mana ia boleh pergi. Tapi Allah tahu okay! Jangan anggap diri kita ni serba tahu. Diri kita ni pun bukan milik kita. Pinjaman Allah je.

Ada kebaikkan drp setiap ujian. Ia menentukan hala tuju kehidupan kita di masa hadapan. Masa hadapan tu cuma Allah yang tahu. Sebab tu kita kena berserah pada Dia. Yakin pada Dia. Dia dah kata tidak aku jadikan manusia dengan sia-sia. Takkanlah Tuhan yg menciptakan kita saja nak pedajal kita pulak kan? Gila ke fikir macam tu?

Kadang sebab kita tak redha dengan ujian itulah Allah terus-terusan akan menguji sampai kita berpaling semula pada Dia. Jangan sombong. Allah nak kita ingat pada Dia, rindu pada tangisan kita. Sebab tu kadang Dia bagi kita ujian. Tapi kita masih lagi sombong dgn Dia. Macam mana?




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat