Matahari Muncul Lagi

Ya Allah, nikmatnya dapat kembali pada rutin biasa kami. Alhamdulillah kaki Naurah dah takde naik ruam HSP. Now tiap malam aku sapu minyak Bio Oil dengan harapan semua bekas ruam yang lama dapat hilang & kulitnya mulus seperti dulu. Usaha ajelah kan. Terima kasih Allah kerana mengeluarkan kami sekeluarga dari kegelapan setelah Kau tarik matahari kami buat seketika.

Selepas kesusahan, pasti akan ada kemudahan. Itulah yang Allah dah janjikan pada kita dalam Surah Al-Hasyr. Setiap ujian yang kita hadapi, pasti ada kebaikkannya kalau kita mahu mencari. Itulah yang aku pegang hingga ke hari ini.

Akhirnya selepas 4 hari jadi super mom, hari Jumaat yang mulia ni aku kembali menjadi normal mom. Heaven tak payah jadi driver. Tapi kan, bila ada habi pagi-pagi tu jadi lebih haywire berbanding bila aku handle anak-anak sensorang. Pelik kan? Haha. But its true. I'm not bluffing here. Dengan aku budak-budak tu elok je dengar kata tak banyak buat perangai. Breakfast depan TV while aku masukkan segala beg dalam kereta. And out we go when I said OK lets move!

Bila ada habi, makan sepah-sepah. Kejap nak air lah. Kejap nak basuh tangan lah. Kejap nak susu lah. Merapu-rapu permintaannya. Yang sorang macam tu, yang sorang macam ni. Homai....stressed pulak aku tengok. Serabut okay!

Tapi takkan pulak aku nak pergi kerja asing dengan habi disebabkan perkara ni ork? Mengarut sangat tu. Hehe.

Ahh..bestnya esok dah cuti. Its family bonding time. Nak melawat Mak kat Hospital Ampang. Tak sure lagi nak tido AU2 ke tidak. We'll see. Kalau tak tido, kelaot lah plan nak pegi Ikea. Sobsobs.

Peace yo!~



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat