Memproses Rumah

Hari kedua menjadi super mom. Syukur masih lagi terkawal. Malah dapat keluar lebih awal dari rumah berbanding kalau pergi dengan habi. Apakah maksudnya tu? Hehehe. Habi selalu lambat sebab sidai baju. Nak marah memang tak patut ah kan. Hari ni terselamat lagi drp membuat breakfast. Habi tapau KFC malam td. Ada balance so budak-budak makan itu jelah depan TV membawak ke dalam kereta.

Being me yang tak suka keluar lewat utk ke office. I hate being late. Aku suka drive relax-relax tak mengejar masa. Lain sangat dengan masa bujang dulu yang suka drive laju terkocoh kacah macam nak kejar apa je. Pelik macam mana habit kita boleh berevolusi sendiri seiring dengan peningkatan umur. It happened naturally.

Makin berumur makin cool. Chillax je sudah. Sampaikan nak tinggi suara pun dah malas. Nak gaduh dengan laki pun malas. Nak kecik hati pun malas. Serba serbi malas lah bab melayan perasaan  & emosi ni. Sekali sekala je boleh layan. Tu pun tak lama. Malas bab yang negatif tak apa. Syukurlah bab positif belum sampai ke tahap tu. Harapnya takkan sampai lah yer.

Sejak mabuk pregnant dah hilang, dapat balik rumah sendiri, semangat mengemas rumah tu lain macam sangat. Biasalah bila pregnant kadang terjaga pukul 2-3 pagi terbuntang mata tak boleh lena dh. Sudahnya give up & turun ke bawah cari kerja rumah yang boleh di settlekan. Kadang basuh pinggan, kemas dapur kilat-kilat. Kadang lipat baju sambil tengok TV. Hasilnya rumah jadi lebih kemas & teratur. I loike.

Weekend lepas aku kemas 2 bilik kat atas yang dah macam haram rupanya. Hahaha. 1 bilik memang letak almari dijadikan bilik stor jugalah menyimpan luggage, cadar, bantal dsb. Ada baju-baju lama yang nak dijadikan kenangan. Ada yang memang dah tak boleh pakai, aku buang. Then terjumpa baju Naurah yang molek lagi masa dia umur 2-3 tahun. Sayang nak buang tapi malas jugak nak simpan. Teringat kat Aneem anak geng kachik Mek Na. Kebetulan petang tu nak pergi rumah Kak Aya kat Puchong & jumpa Na, apalagi terus bungkus lah baju bajan semua. Dapatlah 1 paper bag besar.

Aku & habi dah diskas hari tu pasal nak deco bilik tetamu lagi 1 kat atas tu jadi bilik Naurah yang proper. Planned nak suruh dia tido bilik tu starting next year. Dah besar kan nak masuk 6 tahun dah. So aku clearkan lah bilik tetamu tu. TV lama peninggalan PIL pindah masuk bilik sebelah. Now cuma tinggal katil single & tent princess yang banyak toys je dalam bilik tu. Sometimes memang Naurah & Nazif main kat situ. Tak kisahlah pasal sepah dalam bilik aje.

Am thinking nak ke Ikea dalam masa terdekat ni pasal banyak deco utk bilik budak-budak yg sangat menarik kat situ. Dah ushar dalam website okay. Kemain excited nak deco bilik anak. Haihh...dah besarnya anak aku. Macam tak percaya je.




Hobi dia sekarang asyiklah main mekap. Belajar pun dah makin malas. Abaikan kufi art yang senget kat belakang tu. Juta kali betulkan tetap dia nak senget jugak. Sakit pulak hati kite tengok.

P/S: lepas siap mengemas, terbongkang kepenatan sampai tertido depan TV. gigih sangat makyong pregnant kali ni. harap baby kenan jadi anak yang rajin macam habi hehehe =P




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat