Oh Life

Yabedabeduuu....today is Friday. My favourite day of all. Penghulu segala hari. Menandakan juga masa utk bersama keluarga seharian suntuk semakin hampir. Weekend ni lebih special sebab 3 hari bercuti sempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia. Since Emak & Abah ada kat KL, tidaklah kami balik ke Johor. Jalan dekat-dekat sini ajelah. Kaki aku pun bukan kuat sangat dah nak jalan banyak. Ditambah pulak dengan peel Nazif yang masih lagi nak berdukung bila ke mall. Tu yang kadang buat aku fikir banyak kali nak kesana. Sanggup ke tak sanggup nak menanggung beban berat si bujang tu.

Memang tak elok for pregnant mom untuk angkat bebanan yang berat. Bukan ppn pregnant je, kalau dah nama perempuan, memang tak elok pun pasal Allah ciptakan kita bukan diberi kekuatan yang hebat macam lelaki dalam bab fizikal neh. Tapi itulah, kadang kita ni takde choice. Contohnya macam aku dgn Nazif skrg. Langsung taknak habi yang dukung. Nak ibuuuuuu.....jugak. Menangis merengek macam hape kalau tak dapat ibu. How? For God sake, you are 2 years old now Nazif!!! Have a pity on me. Sobsobs. Macamkan dia faham. Hehe =P

Semalam sempat wasap dengan habi clarify tentang pertambahan perbelanjaan keluarga bila baby dah lahir nanti. Ada 2 jenis belanja lah. 1. Monthly fee hantar taska. 2. Monthly fee personal insurance. Belanja wajib ni kena bahagi 2 lah kan. Sama adil. Aku request nak bayar personal insurance fee pasal amaun dia lebih rendah dari monthly fee pergi taska. Biasalah aku kan suka mengelat =P Haha. Bukan saje-saje mengelat. Gaji siapa lagi besar sekarang? Hewheww. Lagipun kite ni kan kerja utk ringankan beban suami je. Tanggungjawab besar tetap terletak kat bahu dia. Knowing that of course lah habi tak banyak soal. Setuju aje. Alhamdulillah.

Bab belanja diapers semua tu kami tak berkira sangat. Kadang habi bayar, kadang aku bayar. Takde masalah. Asalkan semua keperluan anak-anak cukup, lega dah kami. InsyaAllah, rezeki anak-anak pasti ada & mencukupi. Allah dah janji setiap hambaNya yang lahir kat dunia ni tentang rezeki, jodoh, ajal semuanya dah ditetapkan. Kami doa yang baik-baik saje. Always positive & work hard for our small family. InsyaAllah.

Oh life. No matter how hard it is, we still have to move on right?

Berharap dapat fully breast milk kan baby seperti yang diusahakan utk Naurah & Nazif. Being a working mom, kita tak boleh nak target melangit sangat. Yang penting pada aku kita usaha sehabis daya. Selebihnya biar Allah yang tentukan. Dengan berfikiran macam ni, kita tidaklah rasa terlalu stress & kecewa bila ada ujian & halangan yang menanti. Mind kena positif & always be open for any circumstances. Tak perlu gusar dengan penghakiman manusia terhadap kita. Mereka tak tahu semuanya. Kepada Allah kita berserah. 


Penguat semangat.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat