Pertama Kali Buat Sendiri BSP

Pagi-pagi haku dah stressed first time nak buat ujian BSP utk kencing manis. Maklumlah baru pertama kali nak buat sendiri. Memule buat dekat dalam bilik, failed pasal alat tak dapat baca code strips. Lepas tu buat dalam kereta otw ke office. 2 kali strips terbuang. Ujian error. Arghh...hangin aku dah masetu. Syukur kali ke-3 berjaya. 

Bacaan sebelum breakfast ada penurunan drp last buat BSP kat Annur. Sebelum ni 7.2, tadi 6.7. Berkat jaga pemakanan agaknya walaupun bacaan tu bukanlah menunjukkan aku bebas diabetis. Bacaan yang normal sepatutnya berada pada julat 4.0-6.0. Bacaan 6.7 aku tadi bermakna aku berisiko utk ada diabetis semasa hamil. Kalau atas drp 7.0 macam kes sebelum ni, aku masuk dalam kategori penghidap diabetis semasa hamil.

Aku harap Doc Fatimah satisfied dengan bacaan BSP kali ni. Tak nak insulin yer doctor. Huhu. Takut sangat aku nak inject jarum kat perut. Seram taw. Cuma itulah, kena istiqomah jaga makan sampai bila-bila sepatutnya. Tapi aku target sampai bersalin je dulu. Bwahaha. Sabor jelah. Bukan ape, jgn target tinggi melangit sangat. Nanti kuciwa =P Kite relax-relax dulu, ubah slowly. Ohh for me cheat day itu sangat perlu ada sekali sekala. Penghilang stress orang kata tu. Jadiklah kan.

Ada lagi 3 kali ujian darah yang bakal menyusul. Pukul 12, 6 & 10malam. Buat sekali je tak menentukan apa-apa lagi. Cuma pengambilan darah pertama ni jadi kayu pengukur tertinggi jugalah sebenarnya. Aku lega sebab ada penurunan. Menunjukkan usaha diet aku selama hampir 2 bulan adalah tidak sia-sia. Happy. Kalau tak turun, mesti rasa down gila. InsyaAllah kalau terus istiqomah, BSP lepas ni akan semakin menurun bacaannya.

Malam tadi kan, lepas dinner aku buat secawan coklat panas yang diproses menggunakan gula dari daun Stevia. Diabetic friendly katanya. Aku beli on9 masa bulan puasa ritu. Ini baru kali kedua aku minum. Asyik lah lupa. Dia punya nikmat dapat minum air manis tu masyaAllah, tak terkata lah. Lama gila kot tak rasa minuman manis. Sampai rasa nak menangis terharu happy. Kahkahh. Poyo sangat. Plan nak bawa kat opis buat air breakfast cicah roti wholemeal. Tapi lupa. Choiiii.





Mahal skek ah RM39.50. Tapi untuk kesihatan, apa salahnye kan? Produk ni dikeluarkan oleh Koperasi Diabetis Kuala Lumpur Berhad. Aku jumpa kat soukai ade jual online. Tapi dalam bentuk sachet. Yang aku beli macam kat atas ni. Powder loose 500 gram. Minum sekali sehari pun dah cukup nikmat bagi aku. Sekali minum letak 2 sudu serbuk coklat ni. Sedap dah dalam secawan mug. Macam gula biasa bezanya ini gula yang sihat iaitu Stevia =) Atkiners pon dah guna minuman Stevia ni. Di approved boleh consume oleh Atkins International.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat