Selfie Anak Bujang & 24 Weeks


Terkejot mak tetibe Naurah tunjuk pic ni dalam galeri henfon. Bila masa pulak lah budak kecik ni dah pandai selfie. Kahkahh. Dah la terbalik. Terserlah lobang hidongmu nak. Bila kakak tunjuk muka dia ni, kemain mengekek gelak. Suka awak yer.


Baby dah sebesar limau gedang. Perut makin membonjol kedepan. Ramai yg dah perasan aku pregnant walau tudung menutupi perut. Hehe. Akhirnya mereke perasan yer? 

Cabaran buat masa ni ialah sakit pelvik. Bila berjalan tu punyalah seksa. Tahankan ajelah. Maybe pasal selalu kena dukung Nazif jugak kot. Pinggang takyah cakap la. Selalu kena paksa baring kat atas karpet depan TV dengan si kecik tu. Lagi lah melarat sakitnya.

Akhir bulan ni akan masuk trimester 3 iaitu yang terakhir. Ya Allah, dupdap pulak rasanya. Tak kiralah dah berapa kali pun bersalin, tetap bila nak hadap balik situasi tu dupdap di dada. Setiap anak tu lain pengalamannya. Takkan sama punya. Trust me!

Berdoa moga dipermudahkan ajelah nanti. Amin.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat