Super Mom 2

Tak sangka pulak ada Part 2 tajuk Super Mom neh. Short notice from Habi on Friday tentang dia ada training kat area Damansara sane from today till Thursday. Pukul 6.30 pagi dia dah drive kesana. Jaoh & tempat jem kot sane tu. Bermakna aku menjadi lebih super mom minggu ni. Mandikan budak-budak & hantar mereka ke taska & kindy masing-masing. Hari ni sempat lagi diorang lapik perut makan nasi+sup ayam semalam. Esok kena bangun lebih awal goreng nugget dulu sebelum kejut diorang tido. Petang kena ambil keduanya juga.

Untung dapat suami yang bertimbang rasa. Dia dah gosokkan baju & kemas beg anak siap-siap sebelum keluar rumah. So takdelah terkocoh sangat aku nak buat semua tu. Alhamdulillah, dapat suami yang ringan tulang memang jadi impian setiap isteri. Disebabkan kami sama-sama bekerja, kenalah ade tolong menolong dalam bab menguruskan rumah & anak-anak. Barulah keluarga sakinah boleh dicapai. Ewah sangat. Haha.

Rezeki dari Allah utk aku dpt suami macam Habi. Rezeki anak-anak juga dapat Ayah yang penyayang & bertanggung jawab. Terima kasih yang tak terhingga dari kami utk Allah SWT.

Aku masih lagi menganggap hidup kami sekeluarga cukup sederhana. Tak lebih, tak kurang. Tengah-tengah. Sesekali ujian datang, kami hadapinya bersama. Berbincang & buat keputusan sama-sama. Begitulah kami. Its a blessed having a life like this.

Ya Allah, teruslah menjaga kami. Lindungi & rahmati kami. Sentiasa tunjukkan kami jalan yang lurus & pimpinlah kami kembali ke jalan-Mu sekiranya kami tersasar.

Sebagai ingatan bersama, kalau suami kita tak berapa nak ke arah keagamaan sangat, hanya buat yang fardhu, kita sebagai isteri kena ambil peranan tu sedaya kita. Sungguh memang tak mudah nak mengubah diri orang lain, tapi kita mampu mengubah diri kita. Aku sentiasa mengharapkan kasih sayang & rahmat dari Allah terutamanya dari segi perlindungan dari segala bencana utk kami sekeluarga. Untuk itu aku paksa diri aku utk mendapat perhatian daripada-Nya.

Pada siapa lagi kita nak berharap selain Dia?

Kalau suami isteri sama-sama leka & taknak berusaha nak dapat perhatian daripada-Nya, macam mana nak dapat keluarga yang bahagia? Jangan cepat nak salahkan takdir Allah bila diuji dengan pelbagai kesukaran. Lihat diri kita dulu apa yang tak kena.

Bila Naurah diuji dengan penyakit HSP 2 months ago, aku melihat kekhilafan diri pertama-tamanya. Aku akui masa mabuk pregnant memang solat cincai bancai & huru hara. Sibuk fokus pada diri sendiri sampai kurang ingat pada Allah. I blamed myself on that. Now aku cuba usaha balik meraih perhatian Dia.

Maafkan aku ya Allah kerana leka.


Ehhee



 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat