Super Mom

Semalam habi main bola. So aku pun drive balik BBST ambil budak-budak as usual. Dalam perut memboyot ni handle hal budak-budak sorang diri terasa macam super mom sangat. Memula ambil Naurah, pastu ambil Nazif. Sampai rumah 6.30pm. Lagi cepat drp balik dengan laki. Hebat kan? Haha. Sampai rumah Nasi Lemak RM1 yang dibeli dah siap letak sambal adalah pedas. Anak-anak tak suka sangat makan pedas. So aku pun buat bubur lambuk utk diorang. Sambil keluarkan kambing frozen utk direbus. Malam ni dah ambil tender kat habi soh dia masak kari utk potluck office esok. Menu aku kari kambing cicah roti je. Simple. Yang penting homemade food.

Kalau ada potluck, aku suka makanan yang memang dimasak kat rumah sendiri. Tak feel betul kalau order kat orang. Takpelah tak sedap mana pun, tapi kepuasan dia tu memang lain macam. Nak sedap macam kat kedai, pegilah makan kedai ye tak? Haha. Aku & habi both memang suka memasak. Kadang sampai berebut nak masak. Pastu gado-gado bila cara masakan memasing tak sama. Yang sorang letak santan awal, yang sorang lagi letak santan akhir sekali pulak. Macam-macam hal. Tapi tetap lah seronok =) Dalam masa yang sama dapat eratkan hubungan laki bini. InsyaAllah.

Jadinya malam tadi tido agak lewat lah aku & anak-anak. Nazif tido depan tv masa aku & kakaknya layan Masterchef US. Kunon nak tunggu sampai habi balik. Pukul 10 tak nampak bayang, pastu spek rimless aku patah kena tepis dengan Naurah, terus mood kelaot dalam ajak naik atas terus. Ohh malam tadi Naurah banyak buat hal tapi entahlah yer tak pasti sebab pregnant ke sebab dah tua, tak berapa nak pandai dah nak tinggi suara marah-marah anak. Marah pun suara tak tinggi cuma jelingan tu masih lah tajam. Tu je dah cukup buat Naurah bergenang air mata. Hehe. 1 perubahan yang baik utk aku. Tak payah dah la nak pekik kuat-kuat marah lepas ni. Bukan contoh yg baik pun kat anak-anak ye tak?

Even kita tak memekik, nada suara kita bila marah anak diorang dapat je baca. Tu je dah buat diorang takut, rasa bersalah & sedih. Kita dapat baca drp reaksi mimik muka anak-anak yang diorang tetap terkesan bila ditegur if buat salah. Nazif pun aku boleh baca tetap ada rasa sedih dimarah walau tak tunjuk respond yang ketara.

Being a parents is a lifetime journey & education.

Aku tak pernah anggap diri aku dah jadi Ibu yang baik utk anak-anak. Sentiasa cuba perbaiki diri untuk diorang. Siapa yang jadi Ibu, mesti seronok rasa disayangi & dihargai anak-anak. Bagi layanan yang baik utk mereka, cukupkan keperluan mereka, satu kepuasan yang tak terungkap dengan kata-kata. Ianya juga sebahagian drp rezeki drp Allah kepada kita. Moga diberikan peluang rezeki ini lebih lama. Amin.

Santai hahaha



Popular Posts