Tentang Mak 2

Alhamdulillah pagi ni dapat news yang Mak dah boleh discharge. Lepas ni follow up luka kat KK or klinik swasta je. Happy sangat lah tu Mak dapat keluar. Lepas ni kena duduk rumah my brother, mesti bising nak balik kampung pulak. Dah boleh baca dah. Hehe. 

Ngeri kan?

Tu dia my sister snap pic latest luka kat tapak tangan Mak kelmarin. Daripada luka hujung pisau yang secoet boleh jadi sampai besar gitu. Besar tu pasal doctor belah nak cuci nanah yang dah merebak kat dalam isi dagingnya. A few times Mak refused bila doctor datang nak cuci pasal tak tahan sakit even dah bius. Dapat kat abang aku memang tak dapek lah. Dia sign je form tu. Nak taknak Mak kena cuci jugak. Mak nak ke tangan kena potong sampai pergelangan tangan? Biasalah abang aku kan hati kering skek. Selamba je dia takut-takutkan Mak. Yelah, kita bukan niat tak baik utk dia. Niat kita nak dia cepat sembuh je. Kenalah berkeras sikit.

Insaf tengok gambar ni. Since aku pun memang ada kemungkinan besar dapat diabetis macam Mak, baiklah aku control pemakanan drp skrg. Its a wake up call for me too. InsyaAllah akan teruskan pemakanan sihat yang aku amalkan masa pregnant ni sampai selagi ada hayat. I want to be a healthy wife & mommy.

Dalam adik beradik nampaknya gen aku yg turun dari Mak bab penyakit ni agak kuat. Aku je yang setakat ni masa pregnant ada penyakit Mak iaitu darah tinggi & kencing manis. Doctor kata petanda awal sakit ni pasti akan datang even aku tak pregnant dah lepas ni kalau terus tak jaga makan. Ahh....takutnya.

Berharap dapat bebas drp penyakit in future. InsyaAllah. Amin.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat