Apa Khabar Mereka?

Boring boring tak tau nak buat apa. Scrolling down my blog list and suddenly I missed those good old days when blogging is quite famous. Ramai woh dapat kawan maya drp blog ni. Blog walking everyday dengan memasing sangat rajin update itu ini. Sekarang alahai...boleh dikira dengan jari berapa je blogger friends yang masih aktif. Itupun dah tak seaktif dulu masa sangat meriah tu. Ahh rindunya....

Ramailah blogger yang dulu memang rapat jugaklah sudah tak ketahuan apa ceritanya since blog pon dah tak berupdate. Ada yang dah 3 tahun sepi. Rindunya aku pada korang-korang. Mana korang pergi hah? Hows life? Anak dah berapa? Banyaknya persoalan yang tak tau nak cari jawapannya kat mana. Lost contact lansung.

I still remember them. I don't know if they remember me too. Well, for some people maybe blogger friends ni tak berapa mengambil peranan sangat dalam life diorang. So tak terasa apa-apa pun. Takpelah. Takkan nak paksa pulak orang ingat ke kite ork? Hehe.

I just wondering, what they're up to now. Sihat kah. OK kah. Happy kah. Pelbagai persoalan bermain kat fikiran ni. Apa pun aku doakan yang baik-baik je buat mereka semua. Walaupun perkenalan kita singkat, bagi aku ianya bermakna. Kamu semua pernah menceriakan hari-hari aku yang tak best kat office. Terima kasih untuk itu. Aku hargainya.

For almost 9 years blog ni wujud. Wow macam tak percaya selama itu sudah. Jadi peneman aku saat suka duka. Kat sinilah aku luah perasaan walau tak semuanya. Mostly its all about my simple life. Dari bujang, berkahwin sampai lah anak nak masuk 3 dah ni haaa. Bercerita sama tentang buah fikiran. Bukan untuk di approve kebenarannya. Bukan juga untuk di hakimi. Sekadar luahan rasa. 

Satu hari ni nanti blog ni pasti akan sepi jua. Biarlah ianya menjadi kenangan. Maybe bila anak-anak dah besar esok, boleh jenguk blog ni & dapat kenal lebih banyak tentang ibu diorang. Who knows =)






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat