Esok Hari Arafah

Esok sempena Raya Haji pada hari Khamis, company bagi balik awal pukul 4.30pm. Awal sejam je pon. Jadikla bagi orang yang langsung tak apply cuti ni. Jumaat pun kena kerja. Pasrah pasal tak balik Johor. Lepak Semenyih je. PIL buat korban lembu sekor seperti biasa. Selalunya adalah makan-makan sekali panggil sedara mara habi merapat silaturrahim. Kat Johor takde Kak Ya rasa macam hambar. Abg Eddy pun balik Taiping. Yang ada cuma adik-adik & kakak sulung. Kita skip jelah nak balik Johor. Tengoklah bulan depan kalau masih larat ambil cuti balik sana sebelum bersalin ke.

Sabtu ni pun kebetulan ada check up kat Annur. Malas nak mintak tangguh pasal hari cuti. Selalu kena apply half day utk check up. Tu yang cuti tinggal ciput. Dah nak last-last ni check up makin kerap. 2 minggu sekali utk pantau progress baby dengan lebih rapat. Selalunya dah akhir-akhir nilah bermacam komplikasi senang berlaku. Kita tak payah fikir banyak. Doa yang baik-baik aje. Moga dipermudahkan Allah segalanya yer.

Esok cadangnya memula nak tengok The Maze Runner 2. Tapi aku rasa macam malas pulak. Skali dpt balik awal esok rasa macam nak pergi pulak. Hahaha. Ntah pape. Pastu nak dinner kat Ocean Hauz makan seafood kat Bangi. Nampak menarik. Teringin lah pulak. Tengok jelah apa yang terjadi esok. Kita redah ajelah.

Oh esok juga hari Arafah. 9 Zulhijjah. Siapa puasa diampunkan dosa setahun yang lepas & akan datang. Besar fadhilatnya tu. Aku rasa macam tak dapat nk puasa dengan perut memboyot gini. Rasa tak kuat pulak. Tapi hati tu teringin sangat. Allah.....


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat