Haihhh

Mak tak berapa rasa nak sihat hari ni. Perut tak berapa nak sedap. Flu. Headache. Dan jerebu. Rasa lemas & rimas. Patut dah tahap jerebu macam ni kena isytihar cuti kerja je kan? Hehe. Berangan itu free. Haih...tak sabar nak balik rumah lah. 3 hours to go. Rasa macam 3 days waiting.

Aktiviti luar memang tak digalakkan lah utk budak-budak cuaca macam ni. Sedangkan kita yang dewasa ni pun kalah, inikan pulak budak-budak yang fragile. Alhamdulillah Nazif dah kebah demamnya. Tinggal flu & batuk masih bersisa. Naurah tak demam. Tapi biasalah dia tak sudah-sudah dengan flu. Batuk cuma sekali sekala.

Esok kami akan ke AU2. Maybe spend overnight there. Today birthday Cik Eddy & Emriel. Ada buat makan-makan. Mak & Abah pun masih ada kat sana. So marilah kita mengeratkan silaturrahim sesama kite.

Allah. Ape lagi nak tulis? Mak takde idea dah. Haha.

Gambar nak tepek pun takde. Malam tadi Naurah cuma revised Bacalah Anakku & Iqra' je. Takde homework lain. So pukul 9 malam aku dah tutup lampu. Memang dah mengantuk pun waktu tu. So tidolah 3 beranak. Habi kat bawah tengok TV sambil tunggu mesin basuh. Sedar-sedar je pukul 1.30 pagi macam tu lah. Sejuk. Flu. So tutup ekon bukak kipas lah. G kencing sekali. Biasalah pregy mom tak sah kalau tak terjaga awkward time waktu tido nak pee-pee. Pas terbangun rasa kering tekak pulak. Turun bawah minum air capai henfon dalam henbeg. Pah ceroh dah mata.

Susah nak tido balik dah lepastu. Tido macam tak tido tapi siap boleh mimpi. Apekah?? 5.30 pagi dah bangun si Nazif merengek ntah hape-hape. Dok ibu jomm...ibu jommmm...haihhh...memang inilah antara benda yang selalu buat aku nak menyinga. Sokmo lagi nak berdukung dengan aku. Allah..siryes mak dah tak larat lah nak dukung awak dengan baby dalam perut ni. Rasa nak meraung je kadang menggambarkan betapa stress nya aku bab ni. Kite dah la tak sihat sangat, pastu kena dera lagi. Sobsobs.

Tido ntah hape-hape. Tak berkualiti. Itulah yang jadi tak sihat sangat hari ni gaknye. Thank god tomorrow is weekend. 







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat