Hola September

Cuti 2 hari ke, 3 hari ke, tetap rasa tak cukup. Badan aku ni tetaplah rasa tak fit banyak mana pun berehatnya. Sengal disana sini. Liat betul rasa nak ke office pagi tadi. Tapi as usual kena gagahkan diri jugalah. Beginilah nasib a working mom. Untung sangat kalau masa pregnant tak perlu bekerja. Bersyukurlah pada yang berpeluang merasakan nikmat tu. Aku nak masuk 3 anak pun tetap kena bekerja jugak. Mak redha demi suami & anak-anak tersayang. 

Bila rasa letih sangat, cepat-cepat ingatkan diri dengan ganjaran yang Allah bagi utk perempuan yang hamil. Ya Allah, moga banyak pahala yg aku dapat drp jihad ni. Tak harap yang lain dah. Itu sebagai penguat semangat utk kekal berfikiran positif mengharungi semuanya. Moga Allah permudah.

Memasuki 3rd trimester baru-baru ni, memang makin mencabar rasanya dari segi fizikal. Nekad sangat perasaan nak 'tutup kilang' selepas yang ini. Tak terdaya dah rasanya. Sangat-sangat. Maybe faktor kesihatan aku yang tak tip top memberi kesan yg besar. Wallahualam. Approaching 7 months pregnancy, I felt just like approaching 9 months already. Oh mannnnnn.....

Oh September, please be good to me. I always love September. Its the month of me & habi birth date. Td dapat emel drp GSC dpt 2 tiket free tgk cinema spjg bulan September ni. Aim nak tgk The Maze Runner 2.

Jumaat ni ada check up. Before that kena buat SBS dulu. Harap pass with flying colors. Amin.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat