HSP Datang Lagi

Selasa minggu lepas HSP Naurah kembali semula. Ambil dia kat kindy petang tu, teacher kabo siap-siap dekat habi ruam kat kaki Naurah naik semula. Bila kami check, adoyaiii ini ruam paling teruk naik sejak kami start duduk semula rumah BBST. Sebelum tu ada jugak naik tapi sikit-sikit & sekejap je dah hilang. Tak membimbangkan sangat. This time around, teruk pulak. Hurm....

Kebetulan memang nak balik Semenyih sempena Raya Korban kan. Sabtu lepas we decided to bring Naurah to her paed Dr. Khairul kat Annur. Alang-alang aku pun ada check up kan. Terkejut jugak doc tengok ruam naik semula. Terus ambil sample urine & +ve high protein. Kencing kotor. Doc prescribed semula Prednisolone. An anti inflammatory steroid for her. Kuat makan balik lah jawabnya dia. Hehe. Risau jugak sebenarnya bila kena on steroid ni. Tapi nak buat macam mane. Trust jelah your paed. Tadi before pergi kerja sempat check ruam dia & nampak ada penyusutan. Alhamdulillah.

Cuma kali ni nampak ada lebam biru horror macam kena dera kat betis kaki Naurah. Aku baca malam tadi itu antara side effect steroid tu. Rupanya bila kita on steroid, immune system dalam badan jadi low. Mudah kena penyakit lain. Sebab tu agaknya doc tak bagi Naurah pergi sekolah. Takut berjangkit sakit dr ramai budak-budak lain yang mungkin tak sihat kan.

HSP ni pulak dari pembacaan aku attack bila immune system dalam badan rendah. Then on pulak steroid yang menurunkan lagi keupayaan immune system. Macam mana pulak tu? Mak dah kompius huhu. Tak ada ke ubat lain selain steroid utk cegah ruam tu eyh? Aku tertanya-tanya. Rumitnya penyakit HSP ni. Payah pasal takde ubat yang spesifik.

Concern doctor ialah HSP ni boleh effect buah pinggang. Sebab tu kena selalu monitor urine nak pastikan protein kalau boleh tak ada langsung. Naurah ni kena minum air banyak. Susahnya lahai budak-budak ni kan. Jenuh soh minum air, liatnya dia. Nak makan ubat pun dah tak lalu. Menangis-nangis sebab dah muak. Kami nak awak cepat sihat aje nak.

Allah takkan uji lebih drp kemampuan kita. We take this test positively. May Allah ease. InsyaAllah.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat