Skip to main content

Kelebihan Personal Insurans

Esok cuti. Yippeeeee. Sehari pun dah rasa happy sangat. Boleh main masak-masak. Itu pun waktu pagi je pasal lepas Zohor ada wedding invitation kat Dewan Perdana Felda. Habi mention pasal pasta flowers kecik-kecik Naurah insist nak beli masa shopping groceries kat Giant ritu. Nampaknya menu western lah lagi yer. Budak-budak tu kalau dengan sos spagethi baru laju sikit makannya. Tekak western. Ajaran ibu ayah jugak. Hehe.

Petang ni nak bawa Nazif pergi Klinik Pakar Kanak-Kanak Nilai. Tak pernah lagi pergi klinik ni. Baru nak cuba tengok gane gaya doktornya. Kalau bagus, boleh datang lagi. Tak perlu nak drive jauh sangat sampai ke Annur Bangi nun. Flu & cough budak tu tak elok-elok lagi. Dia pun dah letih makan ubat. Its time to see doctor for 2nd opinion. Nak kena neb ke nak bagi ubat baru ke. We'll see.

Pastu nak tanya-tanya pasal antibodi Naurah yang low tu. Kot-kot ada produk doc rekemen elok utk dia. Ruam BSP sekali sekala je naik & hilang sendiri. Sikit-sikit. Tak melarat & membimbangkan. Lama-lama hilang terus lah tu. Tapi takut nak lupekan terus. Kena sentiasa ambil langkah berhati-hati. Makan pun masih pantang. No eggs & seafood. 

Aku sbnrnya tengah usha-usha hotel kat PD ni. Ahh..rasa perlu sangat short getaway sebelum bersalin. Bajet nak pergi bulan depan lah. Tapi RM tak meriah sangat. Hehe. Kejap rasa sayang duit. Kejap rasa, i really need it. Roadtax JHT dah la mati next month. Sebab NCD dah kena cilok dengan kereta Abah, kena bayar dlm RM600 gitu. Adoi lah. Nak mintak Kak Ya payung sikit rasa segan pulop. Maybe boleh request skip bayar installment kereta Abah tu utk gaji akhir bulan ni RM200. Dapat cover skek lah kan dalam pada nak mencekau lagi RM400 tu.

Ahh..ini gaya cancel lah short getaway aku. Hahaha. Claim insurance company Naurah warded ritu pun tak nampak bayang lagi. Dari pengalaman lama, memang makan 3/4 bulan jugaklah nak dapatnya. Allianz punya memang tak boleh lawan Prudential lah. Since Naurah pun ada personal insurance & eligible for Elaun Harian, so aku claim jugaklah kat Prudential. Tak sure berapa entitlement warded Naurah sehari. Maybe RM200. Warded 4 hari at least dapat RM800 siapa nak bagi kan? Itu yang bestnya ada personal insurance ni.

Sayangnya utk adik baby, most of insurance company dah tak tawarkan Elaun Warded Harian ni since last year. So dia takkan dapat kelebihan ni nanti. For baby kami plan nak ambil Prudential BSN Takaful macam Nazif jugalah. Biar Islamic. Aku, habi & Naurah je stick to Prudential konvensional pasal kalau nak tukar dah banyak hal. Bukan tak cuba, tapi memang tak berjaya dah. Habi je lepas pasal dia tak pernah claim tapi dia pun decided taknak tukar at the end.

Mengharapkan duit dari claim insurans dapat sebelum aku bersalin. Boleh la cover mana yang dapat kan. Koman-koman RM3k memang dah tentu-tentu bersalin kat Annur sana. Aku ingatkan juga kat Habi yang % aku kena czer adalah lebih tinggi kali ni. Kosnya berganda maybe around RM8k. Allah ya Allah, moga dipermudahkan segala urusan kami.

Tiada apa yang mustahil. Walau rasa tak mampu, kami bergantung harap pada Allah. Duit boleh dicari tapi maruah seorang wanita & nyawa tiada penggantinya. Kepada Allah kami berserah.

GWS my son






Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.
Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.
Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahil…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…