Kerana Sayang

Lately agak runsing tentang kebesaran baby dalam rahim ni. Seriau pulak bila teringat antara risiko wanita mengandung yang ada GDM ialah baby besar. Homai...teringat-ingat lagi masa push Nazif dulu. Masih dapat rasa cekang kepala dia yang besar nak keluar tu kemain mengerah kudrat aku. Itu baru 3.4kg. Masa tu takde GDM pun.

Last scanned awal bulan hari tu baby membesar dalam julat progress yg normal. Masa tu baru nak masuk 7 bulan. By the time 7 months above, masa inilah selalunya baby akan membesar dengan drastik. Kadang kita makan macam biasa pun kalau dia nak membesar dengan jayanya, dia membesar juga. Buat la macam mane pun. Hehe. Seriau kan? We have no control on that.

Bila takde control tu, pada siapa lagi kita nak berharap kan? Doa jelah selalu pada Allah mohon dipermudahkan semuanya. Tawakkal. 

Pelvik pain makin mengganggu. Bila duduk tu nak bangun, seksanya. Berjalan pun sakit. Kena pelan-pelan dah macam jalan masa berpantang. Homai....baru 7 bulan lebih dah gaya macam nak bersalin dah ni. Hahaha. Mak rasa macam dah tua sangat okey mengandung kali ni. Badan macam dah seasoned sangat. 

Sepanjang mengandung ni rasa pernah terbaca tentang ianya juga merupakan 1 jihad kecil. Sebab tu kalau kita bersalin & meninggal dunia, pahalanya seperti kita berjihad ke jalan Allah. Its not easy being pregnant. Dari awal dah mabuk alahan. Kemudian dah akhir-akhir ni sakit sana sini. Ianya semata-mata demi sebuah nyawa yang dikandung dan dibawa merata ni.

Allah tahu segala keperitannya. Sebab tu Dia berikan ganjaran pahala yang besar kepada ibu hamil. Tujuan aku menulis segala susah payah mengandung kat sini bukan untuk mengeluh dan tidak bersyukur. Tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri diatas segala kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Tentang perlunya rasa syukur kerana dapat peluang hamil & mempunyai anak. Tak semua wanita dapat rasa apa yg aku rasa. Its a blessing even though it comes with pain.

Tak ada benda yang mudah dalam dunia ni. Semua akan dibayar mengikut 'harganya'.

Kenapa agaknya wanita walau dah tahu betapa susah & sakitnya mengandung & bersalin, masih juga mengulanginya again and again? Isn't it weird? Aku sendiri takde jawapan yg jitu pada persoalan ni. Pada aku, its worth it. All of this pain, compared to what I will get in future is all worth it. Nyawa seorang manusia yang sangat tak ternilai harganya. Anak-anak inilah yg menjadi  penyeri hidup & penguat semangat bagi ibu & ayah. Dengan merekalah kita berkongsi suka duka & kasih sayang. Isn't it wonderful?

Dan bertarung nyawa demi sebuah nyawa yg lain juga aku rasakan berbaloi. Sangat.




Ni 2 ketul amanah Allah yang sedia ada. Mau tak rasa berbaloi segala susah payah mengandung & bersalin? ^___^

Bila ada anak ni kita akan cuba sedaya upaya nak bagi keselesaan pada diorang. Yang terbaik & termampu kita boleh bagi. Pasal diri kita dah tak penting sangat dah. Masa untuk diri sendiri dah berlalu. Now masa utk anak-anak pulak.

Sayang diorang ketat-ketat. Jarang cakap pada diorang tapi hati ni Allah jelah tahu.














Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat