Kisah Raya Korban 2015

Nikmatnya makan-makan semalam. Kemain lagi drp pagi dah melantak macam-macam melupakan terus diet yang sepatutnya harus terus konsisten masa pregy ni. Harap sangat tak bagi effect yang bukan-bukan kat baby. Tapi memang syok ah dapat makan macam biasa. Juadah pagi raya ayam masak rendang, sambal kacang, lodeh, nasi impit, lontong & sambal sotong. Pastu ada karipap. Kemain berselera lagi aku makan. Habi pun kesian gaknye so tak cakap ape. Bukan selalu. Hehe.

Then tengahari lauk dari lembu korban dah siap masak. Kari daging yang mabeles & sup tulang yang empuk. Sup tulang tu aku ambil semangkuk polistren je. Tak menambah pun sebab masih beringat. Kari daging aku ratah jugak ambil sekali kentang supaya tak rasa kosong sangat. For dinner ambil kari daging & sejemput kuey teow. Ada la jugak makan agar-agar & puding roti yg sedap. Ahh...rindu sangat pada dessert.

Malam sebelum tido kunyah Peria Chew & telan ubat darah tinggi. Wajib sebab rasa bersalah sangat makan tak control. Bukan apa, risaukan baby dalam perut ni je. Dah nak akhir-akhir ni kan. Doa tak putus moga dia OK je kat dalam sana & dipermudahkan urusan bersalin nanti. Mengambil kesempatan waktu makbul doa sempena raya korban. InsyaAllah.

Semalam memang meriah rumah PIL dengan sanak saudara yang berkunjung. Setiap tahun sejak PIL keduanya sah bergelar orang pencen, rasanya tak miss lagi diorang buat ibadah korban & makan-makan. Memang seronok sangat. Murah rezeki jamu orang makan kan? Apatah lagi nak cakap tentang ibadan korban tu.

Hari ni pergi kerja jalan lengang sangat. Memang dah teka mesti ramai yang ambil peluang ambil cuti hari ni utk dapat rehat yang panjang. Orang yg dah tak banyak cuti macam aku keje ajelah macam biasa. Lagipun memang tak balik kampung kan. Lemau datang ofis yang sunyi tak ramai staf tapi nak buat macam mana. Takde kerja pun kena jugak datang tunjuk muka. Buat jelah pape yang patut dengan harapan masa berlalu cepat.

Esok ada check up kat Annur. Dah 30 weeks dah kita. Rasa makin berdebar bila angka depan tu dah bertukar. Ada 6-7 weeks lagi sebelum schedule induce date berjalan. Kompiden je ye hehehe. Pasal dah 2 kali pengalaman so memang tau dah by that time mesti kena bersalin jugak. Cuma kali ni cuak sikit sbb kemungkinan c-section tu lebih tinggi. Ohh..janganlah. Takut sangat kena belah perut. Mengalahkan rasa takut bersalin lalu bawah taw! Padahal lalu bawah pun sakit jugak especially bab contraction tu. Aihh..macam baru sangat lagi bersalin ke Nazif. Jelas di ingatan. Penangan gap anak umur 2 tahun huhuhu...

Perut comel yang akan dirindui






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat