Malam Yang Berkualiti

Lapang otak bila berjaya basuh pinggan masa drama Mencintaimu tengah main kat TV. Terlepas la sikit scene atok Hisham meninggal. Takpelah asal dpt clearkan sinki yang dah penuh tu. Habis je drama, as usual naik atas mandi & solat. Lepas tu bukak buku ajar Naurah buat homework sambil melayan karenah si Nazif yang suka mengacau tu. Sambil-sambil layan sembang kat group wassap. Habi pun spend time with us last night. Lepas masuk baju dalam washing machine kt bawah, dia naik atas lepak dengan kitorang.

Rasanya lagi bagus macam tu kan. Bila lagi nak spend masa dengan anak-anak yang dah seharian ditinggalkan? Waktu malam tu jelah yang ada nak bergurau senda pun. Lagi berfaedah drp tengok TV tu. Macam yang aku tulis semalam, its all about choices. Seminggu dua buat rutin ni, aku rasa lagi happy & puas hati drp rutin malam yg sebelum-sebelum ni. Alhamdulillah. Thanks for showing me the way.

So malam tadi kami semua masuk tido sama-sama. Tutup lampu & to lalaland we are. The 4 of us. Love it. The quality time we spend together.



Esok dah Jumaat. Pagi esok dah apply half day pasal ada check up kat Annur. Harap dapat settle cepat pasal esok jugak birthday habi. Ingat nak lunch best skek dengan dia. Habi genap 35 tahun and 20 days later aku akan genap 33 tahun. Homaiiii. Rasa macam dah tua sangat haha.

By 33 InsyaAllah I will become a mother of 3. Pheww. Cukuplah tu. Lepas ni fokus besarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang diatas amanah yang Allah berikan. Fokus pada kesihatan diri sama. Moga Allah sentiasa lindungi keluarga kami sampai bila-bila. Amin.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat