Membuat Pilihan

Seminggu dua yang lepas, aku ambil keputusan ubah rutin waktu malam. Lepas waktu Maghrib, dah solat & mandi wangi-wangi terus suruh Naurah buka buku buat homework. Sampai bila asyik tak buat homework kindy tu kan? Kalau nak tunggu Nazif tido baru bukak buku, memang kelaot dalam lah jawabnya. Dengan aku-aku sekali berkeroh atas katil. Bangun pagi nak buat? Macamkan tak tau peel budak-budak waktu pagi. Lagi lambat bergerak otaknya. Lambat panas. Buat sakit jiwa je ngajor.

Alhamdulillah, kurang dah xtvt Naurah dok layan youtube tengok orang mekap pasal kena paksa dengan ibu singa buat homework. Selalunya buka buku start 8.30malam sampai 10malam. Tapi biasalah ada selingan sekali sekala dengan xtvt mewarna yang tak perlu pun sbnrnya. Cuma taknaklah dia stress sangat nak menulis & membaca non stop dlm masa sejam setengah tu kan. Kalau dia siapkan semuanya awal, dapatlah tido awal drp pukul 10. Semuanya depends pada kerajinan & kecekapan dia pd waktu malam tu.

Iqra' & Bacalah Anakku memang wajib setiap malam revise. Naurah ni aku rasa bijak jugak. 2 buku ni boleh settled dalam 10 minit je. Kuat jugak ingatan dia. Bacalah Anakku dia dah buku 6 sekarang ni. Last week aku saje test dia membaca ayat-ayat mudah. Terperanjat jugak sbb dia dah boleh membaca rupanya. Mak tak sangka. Hepi je & kabo ke habi pasal progress dia. Even dekat 2 bulan ponteng masa sakit ritu, dia dah boleh baca memang tak sangka sangat lah. Sebelum tu belum boleh lagi. Ni dlm 3 weeks masuk belajar balik dah boleh baca agak mengkagumkan aku jugak.

Sebelum tu ticer ada kabo kawan-kawan dia mmg dah ramai start boleh membaca. Kesian Naurah dah ketinggalan katanya. Tak sangka la dia dapat catch up secepat ni. Bab menulis pun makin molek tulisannya. Cuma kadang bila dah penat mulelah jd cakar ayam. Yang tu aku paham lah. Tulis jawi pun boleh tahan. Malam td ajar English pun dia dah kenal banyak words. Kena guide sikit-sikit je tentang arahan. Good genes from Ibu turun ke anak nampaknya. Hahaha. Bab ni laju je ngaku gen Ibu =P

Nazif macam biasalah mengacau jugak. Tapi dah kurang drp masa awal-awal dulu. Macam malam td, elok dia baring sebelah golek-golek sambil sikat rambut aku (xtvt yg aku bg utk dia kahkah) & tak lama lps tu aku tepuk-tepuk dia pun tido. Sebelum tu dia dah conteng meja tulis kakak dengan pensel lah. Haha. Takpelah asal dia tak conteng buku kakak & koyakkan macam sebelum2 ni. Kadang ajar dia sekali, elok je ngikut kita cakap. Lama-lama awak pun bijak macam kakak.







Itu dia aksi-aksi bila waktu kakak belajar. Macam inilah saban malam. Kena banyak sabar. Kadang kalau yang adik tu nakal sangat, terpaksa gak umpan dia dengan youtube bukak Ultraman. Ralitnya kejap aje anak-anak aku ni dengan henfon. Jenis tak hardcore sangat dengan gadget just like me & habi. Sekadar hiburan sekejap-sekejap. Kalau takde wassap group, lagilah aku tak heran ke henfon. Habis bateri pun buat tak kisah je. Takde kepentingan sangat.

Yang aku korbankan waktu malam ialah leisure menonton TV & buat kerja rumah bila mengajar Naurah buat homework ni. Pinggan kat sinki tak berbasuh, baju ada yang belum berlipat. Yang dah lipat belum ada masa nak bawa naik atas susun dalam gerobok. So memang tunggang langgang skek ah rumah. Habi pulak tetap dengan rutin dia. Basuh baju, sementara tunggu baju siap, tengok TV. Takdenya dia nak menolong tugasan rumah aku. Lagi heaven tgk TV tanpa gangguan anak-anak.

Gasak lah asal dia tak bising kenapa part tugas rumah aku tak settle. Tahan jelah mata tengok rumah macam kapal pecah. Sebab semuanya berdasarkan pilihan. Nak ajar anak ke nak rumah kemas? Kalau aku tak pregnant bolehlah jadi superwoman semuanya boleh dibuat. Dalam keadaan diri macam ni, kudrat memang tak berapa nak ada. Harap maklom.

Kadang dpt bangun pagi awal sikit, dapatlah turun dapur cuci pinggan. Kadang balik kerja yg dekat nak Maghrib tu. Curi masa. I'm so exhausted. 












Popular Posts