Mood Cuti Suda

Kelaot nak puasa hari ni. Sebab dah terbiasa pagi masa perut kosong kunyah Peria Chew, laju je masok mulut menghisap. Then tinggg!! Bukan ke aku nak puasa??? Hergh. Tapi yelah, sahur apa pun tidak, ubat hi blood pun tak makan, maybe mmg dah ditakdirkan aku tak perlu puasa kot. Tapi itulah...mengenangkan pahala tu rasa sayangnyaaaaa T_T Takde rezeki nak tambah pahala tu tahun ni. Tahun depan InsyaAllah kalau panjang umur ya.

Lepastu teringat pulak lupa bawak spek nak pergi cinema hari ni. Adoiii..takde spek serupa la macam tak payah pergi tengok. Bukan nampak jelas pun. Lately rabun memang makin teruk. Makin kerap kena pakai spek bila kesana sini. Kalau tak pakai mmg tak puas mata memandang. Dah mati kutu nak buat apa balik opis awal hari ni? Habi pon clueless. Nak sopim apa pun dah tak tau. Adelah toiletries & diapers utk baby yang belum dibeli lagi. Nak beli kat mane ntah. Blur. Nanti-nanti lah fikir.

Kami dah balik Kampung Sentosa, Semenyih malam tadi. Nak jugak tulis kampung walau 20 minit je dah sampai lalu Lekas. Haha. So hari ni Naurah & Nazif duduk sama Wan & Atok lah. Bagilah budak-budak happy duduk lama sikit kat sana. Sabtu malam boleh balik BBST. Ada 2 bakul baju tak sempat lipat. Ahad boleh lah buat kerja rumah yang mana tertangguh tu kan. Isnin dah back to normal.

Kereta Honda City baru MIL dah sampai lewat petang semalam. Takde dah Citra kena jual. Hehe. Citra tu pun dah banyak ragam. Simpan jd liabiliti je nanti. Seperti yg aku teka, kaler silver. Biasalah taste orang tua. Nak warna yang safe je. Kalau aku nak je beli kaler baru City yang merah tu. Mengancam okay. Byk ckp padahal kereta sendiri aku suka putih je. Ehh, kereta habi lah. Kereta Kelisa aku tu biru hitam =P Taste zaman student. Plet kereta WC XXXX A. Cepat je padahal kereta Abah Almera tu tahun ni jugak bulan 4/5 gitu WB XXXX C. Orang senang tetap ada. Biasalah.

Oii mood cuti sangat dah ni. Jumpa Jumaat nanti InsyaAllah.

Jejemput Udang Kering 15 minit siappp

Healthy wrap for my dinner

Esok korban lembu as usual FIL buat makan-makan sekali. Sup tulang. Homaiii....I declare tomorrow is my cheat day HAHAHA =P







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat