Musibah Umat Islam

Episod jerebu masih lagi berterusan. Hujan pun tak dapat nak redakan asap ni. Rasa lemas & rimas. Allah sedang menduga kita. Takziah juga kepada jemaah haji yang meninggal dunia susulan kren pembinaan jatuh pada hari Jumaat lepas. Setakat ni 5 orang jemaah haji Malaysia dah disahkan meninggal dunia. Innalillah.....

Kita yang hidup ni berasa sedih diatas kemalangan yang menimpa. Tapi dalam masa yang sama kita juga rasa iri hati atas asbab bersangka baik betapa pemergian mereka semuanya adalah dalam keadaan yang sangat baik. Meninggal dunia pada hari Jumaat, meninggal kerana bencana, meninggal semasa sedang beribadat kepada Tuhan Yang Satu, meninggal di Tanah Haram. Semua tu merupakan petanda yang baik bahawasanya mereka ditempatkan di tempat yang baik disisi Allah SWT.

Disolatkan jenazah mereka oleh berjuta umat Islam. Allah ya Allah, betapa beruntungnya mereka. Moga kita juga apabila sampai waktunya ditarik nyawa, juga dalam keadaan yang baik. InsyaAllah.

Selain drp berita menggemparkan di Tanah Haram Mekah, kita juga dikejutkan dengan pencerobohan oleh tentera Zionis terhadap satu lagi Tanah Haram umat Islam iaitu di Masjidil Aqsa. Umat Islam semakin ditindas dengan hebat drp segenap segi. Begitu juga dengan pelarian dari Syria yang tidak diterima di beberapa negara. Mereka dihalau bagaikan pengemis. Sudahlah di negara sendiri nyawa tidak terjamin, bertarung nyawa utk melarikan diri ke negara orang, pun tidak diterima juga. 

Sedihnya kalau kita tengok nasib umat Islam diseluruh dunia pada hari ini. Namun apakan daya kita rakyat marhean yang tiada apa-apa ni. Hanya doa mampu dititipkan pada saudara seagama yang terlibat. Ya Allah, peliharalah agamamu. Peliharalah umat Islam. Kasihanilah kami ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosa kami.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat