Ocean Hauz, Seri Bangi

Rabu lepas kami dapat balik office awal sejam drp biasa. Tapi habi datang pikap aku dekat 5.30 jugak. Sabar jelah mak jemah huhu. Cancel nak tgk movie kat IOI Putrajaya City Mall, jomlah terus dinner awal. Kami redah je menuju ke Ocean Hauz dengan harapan besar kedai tak tutup. Maklumlah esoknya kan dah Raya Korban. Manelah tau staf kedai dah cuti balik kampung ke.

Sebelum kesana aku gugel dah pasal Ocean Hauz (OH) ni. Nak dapat bayangan kat mana exactly the place. Seksyen 8 tu aku familiar jugaklah pasal Annur Specialist kan kat area situ. Dapat tips yang OH ni berdepan dengan PKNS. Cuma tak tahu belah depan yang mana satu pasal ada 2 deretan kedai baru. Memula kami pergi shop lot yang salah. Kali kedua baru menuju ke tempat yang betul. Nampak je papan tanda tulis Seri Bangi, terus masuk & tadaaa, dah sampai. 

Syukur kedainya buka. Operation hour 4.30pm-12am. Kami sampai around 6 o'clock & ada 2/3 customer depan kami tengah pilih seafoods. Masuk je terus pilih seafoods yang dah siap di pack depan meja cashier. Dah pilih seafoods, kena pilih cara masakan pulak. Ada 2 jenis masakan iaitu Lemon Butter & Garlic Pepper. Kami pilih ketam nipah, pepahat (bamboo clam), scallop, king prawn & water prawn. Ketam nipah & king prawn kena timbang dulu yer. Yang lain dah siap pack 500gram per plastic.

Untuk udang, kami pilih masakan lemon butter. Yang lain garlic pepper. 6.30pm kami dah naik atas dengan diberikan pengetuk, apron plastic & kertas mahjung putih. Up we go to our table upstairs. Tempat makan ada aircond. Thank god. Kat bawah tu takde yer. We waited about 20 minutes & akhirnya makanan kami pun sampai. Meja dah alas dengan kertas, waiter sampai terus tuang semua seafoods yang siap diasing dlm plastik dengan cara masakan masing-masing atas meja. We dig in until 7.30pm and off we went back home sempat performed Maghrib prayer kat rumah. Alhamdulillah.

My comments about the food is worth to try lah. Something different from our normal delicacies. Aku & habi meratah je semuanya. Boleh je add on nasi putih, capsicum, corn or broccoli masa pilih cara masak tu tapi kami memang taknak. Saja nak meratah. Cara masakan 2 sos tu je dah memadai. The sos taste is not over powering. So even kita meratah je, takdelah rasa sampai perlu nasi. Rasanya just nice. 

The price pada aku quite reasonable. Ditambah dengan ice lemon tea & mineral water, total damage is RM137.50 with GST. Daripada makan kat Manhattan Fish Market, baik makan kat sini. Lagi puas. Price wise pun lebih kurang je kot. Will definitely come back again bila dah rindu seafoods.

Tips utk kesana ialah jgn pergi masa peak hour. Nanti kena tunggu lama korang jugak yang meroyan. Haha. Walau sebenarnya tak perlu tunggu lama pun cara masakan deme ni pasal sos dah tentu2 sedia ada. Seafoods cuma perlu direbus dalam air mendidih, masuk dalam plastic & tuang sos. Seafoods bukan ambil masa yg lama sangat pun utk masak kan? Servis boleh diperbaiki lagi. Perlu lebih ramai staf. FYI, Ocean Hauz & Bangi Steakhouse adalah kedai yg sama yer. Boleh juga nak order steak ke apa. Owner sama.

Paling penting kita support owner Muslim. Yang halal haramnya boleh dikatakan terjamin lah kan drp pergi kedai makan yang kita tak berapa nak pasti. Mencari yang halal itukan wajib =)

Pilih seafoods & que

Wuhuhuuu

So nyamss

Sayang sos kat scallop tak kena sangat kat dia

Habi siap letak sos. Aku tak minat

King Prawn yang fresh

Nyams

Siap tong sampah kecil. Penuh.

Licin. Bayar mahal kenalah mcm ni =P


My special dinner at the eve of my 33rd birthday. Thank you habi!!









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat