Skip to main content

Permudahkanlah

Menghampiri 31 weeks esok. Tidur malam semakin terganggu. Rasa macam setiap jam pun terbangun. Mengiring ke kanan, ke kiri, menelentang. Posisi tidur seperti dah tak ada yang selesa. Si kecil kat dalam sane pun kemain lagi menendang dari dalam. Awak okay tak kat dalam sana? Awak tak selesa ke? Bermacam soalan bermain dikepala.

Muntah kuning sekali sekala datang kembali di waktu pagi. Selagi tak keluar, selagi tu kepala senoneng. Allah ya Allah, seksanya bila nak berjalan. Sakit pelvik membawa ke tulang belakang semakin meruncing. Jalan dah macam sloth. Slow gile. At the moment kat kampeni ni aku sorang je yang masih pregnant. Nampak la dah sarat sangat. Ramai yg melahirkan rasa kesian tengok keadaan aku. Hehe. Lawak pulak rasa.

Kalau dah namanya mengandung, mmg macam inilah. Cuma yang ke-3 ni lebih mencabar drp yang sebelum ni. Faktor umur barangkali. Cukuplah 3. Nekad. Aku dah tak kuat. Dah takde daya utk mengulang kembali semua proses ni. Allah tahu.

Bila rasa susah sangat aku istighfar. Mohon keampunan pada Allah. Moga diberikan kekuatan utk meneruskan saki baki masa yang tersisa. Pada siapa lagi nak mintak selain Dia. Kadang memang rasa emosi sangat dgn keadaan diri yang serba lemah ni. Rasa sangat tak berdaya. 

Best friend




Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…