Rezeki Terhebat

Rabu ni genap 7 bulan. Ya Allah, rasa happy sangat. Dah tak lama...lebih kurang 2 bulan je lagi sebelum bersalin anak ke-3. InsyaAllah moga dipermudahkan segalanya. Walau pregnancy kali ni diuji dengan lebih hebat, aku redha. Sentiasa cuba untuk positif dalam segala hal. Allah uji ada sebabnya. Yang penting kita jangan give up.

Rabu ni jugak kena sekali lagi ke Annur bagi result SBS terbaru yang perlu dibuat esok. Doc tak happy dengan result SBS hari tu. Sabtu malam aku pun gigih la buat jus peria katak+epal hijau+lemon. Telan sebiji pil peria chew sama. Esoknya ambil darah after fasting and amazingly gula turun 5.8 saje. Normal okay. Itulah bacaan terendah after fasting yg aku pernah dapat sepanjang pregy ni. Kalau tak sokmo cecah 7.2-7.5 gitu. Itulah yang buat doc tak happy.

Doc bagi kata dua hari tu samada nk start insulin or ketatkan lagi diet diabetis. Urghhh..aku punyelah takot bab cucuk insulin kat perut tu dari dulu lagi. Of course aku kata nak try lagi. Tu yang gigih buat jus bagai. Lega bila dah dapat jalan nak turunkan reading after fasting tu. Memang nak amalkan minum jus ni selang sehari sebelum tido. Malam ni minum lagilah dengan harapan reading esok tak kantoi. Seramnya kalau nak kena cucuk insulin. Nonono.

Baby alhamdulillah normal je progress dia. Berat dah 1.1kg. Air ketuban OK. Nampak muka dia masa doc scan ritu. Anyo comel pulak rasa even 2D je pun haha. Baby stay strong OK kat dalam sana. Ibu tengah fighting hard untuk kesihatan awak ni. Kita lalui semua ni sama-sama yer. Walau kehadiran awak dalam rahim ibu tak dirancang, by the time ibu tahu ibu mengandung, ibu redha dengan takdir Allah. Ibu Ayah terima awak seadanya. Kami sayang anak-anak kami. Pemberian Allah yang sangat bernilai. Nyawa seorang manusia. 

Mana mungkin ibu ayah taknak terima awak. Mana sampai hati kami nak tolak awak. Apa yang Allah takdirkan utk kami, kami anggap itulah yang terbaik. Baik takdir yg susah mahupun senang, pasti ada hikmah disebaliknya. Allah tak pernah saja-saja nak menguji hambaNya. Dia nak kami jadi hamba yang lebih kuat & tabah. Kalau dengan melepasi segala ujian dari-Nya memungkinkan kami masuk Syurga di akhirat kelak, mengapa tidak kami diuji dengan pelbagai ujian? Ya, kami redha.

Boleh jadi apa yang kita suka, tak baik utk kita & apa yang kita tak suka, baik pula utk kita. Allah je yang tahu.

Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang berserah kepada-Mu. Amin.






Ape-ape jelah permainan budak-budak ni. Geli hati tengok gelagat masing-masing. Penyeri hidup kami suami isteri. Kalau takde diorang ni, sunyi sepilah hidup. Bila kita kahwin, Allah tak pernah janjikan kita pasti akan dapat zuriat. Bila Dia bagi, ianya 1 bonus. Inilah rezeki terbesar dalam kehidupan berumah tangga.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat