Serial Blood Sugar Test (SBS)

Result BSP semalam after fasting je dah kantoi reading 6.5. Terus down rasa. Padahal dah boleh agak kenapa boleh kantoi even dah minum jus peria katak+epal hijau+lemon. Sepotong brownies Fad. Haha. Cannot tahan lah. So skip lah nak hantar result kat Annur pagi ni. Hari ni kita buat lagi BSP test and Alhamdulillah reading normal 5.7 only. Phewww. Mak taknak warded. Susah lah dengan ada anak 2 orang sedia ada tu. It will be the last option. Kalau dah mendesak sangat baru pasrah.

Memula semalam nak tipu je result fasting pagi tu. Tapi biasalah aku, risau kang jadi pape kat baby menyesal pulak sepanjang hayat. Habi pun tak bagi tipu-tipu. His concerns is the baby too. We are on the same page on this. Bab kesihatan jangan main-main. Melibatkan nyawa okay!

So esoklah kita hantar result test BSP tu. Kena ambil blood pressure sekali. Tak perlu jumpa doctor pun. Dia cuma nak review the result sebab nak decide kena start insulin or not. And whether ubat Adalat 10mg sehari yg aku makan skrg menggantikan Methyldopa utk darah tinggi sesuai & berkesan utk aku.

Genap dah 7 bulan pregnant hari ni. Alhamdulillah. Dalam pada banyak komplikasi, berjumpa kita ke hari ini. Memang doa tak putus pada Allah semoga dipermudahkan segalanya. Pada siapa lagi nak minta selain drp Dia?


Huh. Tiap malam snap pic anak tengah buat homework. Ater dah itu je masa yang ada nak snap kan. Terima ajelah. Haha.

At the moment Nazif tak berapa sihat. Demam tak kebah-kebah since Saturday night. Now dah ada flu & batuk sekali. Risau tengoknya. Dah berapa malam tido aku tak lena risau ke dia. Dia batuk, aku sapu balm. Bila panas, bagi ubat demam. Macam tu lah dia. Tidur yang terganggu membuatkan waktu siang kurang proaktif.

Get well soon ye Nazif. Sorry tak dapat cuti utk jaga awak. Cuti ibu dah nazak.





Popular Posts