Set Berpantang Anak Ke-3

Kemain tak nyabor nak share. Maklom lah benda dah dapat dalam tangan. Hehe. Masa bersalinkan Naurah memang blur bab Set Berpantang ni. Tau-tau MIL dah belikan Set Berpantang Orang Kampung. So kite pon guna ajelah apa yang ada. Tak baik membazir kan? Masa bersalin ke Nazif, beli Set Amway yang kawan blog tak pakai sangat. Dedua set pon okay je. Tak teringat pulak kalau ada rasa tak okay.

Cuma kali ni aku aim beli secara loose item & nak cuba brand lain pulak. Pakai apa yang memang aku akan pakai supaya tiada pembaziran. Setakat ni yang aku rajin pakai ialah minyak urut, minyak baby, param untuk bengkung perut & air mandian herba. Gugel punye gugel, tertariklah nak try set berpantang Nona Roguy. Kalau beli 1 set tu memang telan ailio 80x jugak la.

Kebetulan jumpa pulak 1 website ni tengah buat promosi 10% tak salah sempena Merdeka haritu. Plus free shipping. Tak berlengah cepat-cepat lah aku order & buat payment pasal promosi tinggal sehari je lagi valid. So inilah 3 barang yang aku dah beli.




1) Krim Herbanika Barut
- sapu kat perut sebelum pakai bengkung.

2) Minyak Herbanika
- untuk kegunaan tukang urut semasa mengurut selama 3 hari

3) Uncang Cuci Herbanika
- untuk mandian supaya badan rasa lebih segar

Total pembelian RM169.20. Kalau takde promosi & free shipping, takkan dapat harga ni yer. Please take note.

Sayang sekali takde minyak baby dalam set Nona Roguy ni. Tapi ritu baca dekat blog Irine Nadia blogger femes tu, dia kata minyak herbanika yang untuk aku pakai masa berurut tu applicable to baby too. Tapi aku macam was-was aje hehehe. Haritu ushar jugak set bersalin masa pergi ke kedai Nurizshar kat Bangi Sentral. Nampak ada jual Tanamera Kidz Baby Spot yang mmg khas utk urut baby. Maybe akan beli minyak tu jelah nanti. After that akan complete lah semua yang diperlukan lepas bersalin nanti.

Makin lama makin banyak dah barang dan baju yang dibeli utk menyambut baby ke-3 ni. Tetaplah mak excited tak kira dah berapa kelahiran pun. Kalau boleh nak semuanya lengkap utk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga kecil kami ni. Mana yang belum ada tapi perlu, kami cukupkan. Yang dah ada masa menyambut kelahiran Naurah & Nazif dulu, kita pakai jelah. Tak perlu membazir beli yang baru.

Barang baru setakat ni cuma infant car seat. Itupun beli yang murah-murah je kat Lazada. Car seat toddler memang dah ada. Yang tu boleh guna bila baby dah boleh duduk sendiri. Teringin nak beli stroller since buggy Sweet Cherry yg byk berjasa tu mcm nak roboh dah kena lenjan dgn Naurah & Nazif. Tapi teringat pulak stroller SC biru yang Kak Ya sponsor masa Nazif lahir dulu. Pakai 2/3 kali je pasal berat. Malas nk usung sana sini dalam bonet. Sayangnya kalau tak pakai kan? Niat dulu nak jual tapi tak terjual-jual. Susah sangat kite pakai jelah utk baby baru ni kang. Jimat pun jimat.

Lega bila banyak keperluan dah ada. Nak beli sekaligus memang payah. So beli sikit-sikit lama-lama jadi lengkap. Gitu.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat