Terasa Dikasihi

Anak-anak. Merekalah racun, mereka jugaklah penawarnya. Dalam pada pening kepala, sakit jiwa melayan karenah anak yang membesar, at the same time mereka jugalah yang buat kita gembira. Menjadi antara sebab mengapa kita bersemangat teruskan hidup yang tak lama mana ni. Aku bayangkan hidup aku sekarang tanpa 2 ketul tu. Ya Allah, rasa suram sangat.

Jiran kami yang sebelah kiri tu start tinggal rumah tu end of 2013, early 2014 macam tu lah. Sebelum tu rumah tu disewakan pada lelaki bujang yang tinggal sensorang. Aku ingat lagi masa tengah menghabiskan sisa hari on maternity leave si Nazif, rumah sebelah tu kelentung kelentang orang dok renovate. Stress gila kot. Dah la ada baby kecik kan. Dengan bising drill sana sini, menyumpah habis aku rasanya. Haha.

Pagi bila dah start je bunyi orang buat keje, aku pun angkut Naurah & Nazif lepak master bedroom sebab kurang sikit bunyi bising tu. Cuma boringlah pasal takde TV. Nasib ada wifi Streamyx. Memang membantu sangat masa tu. 

Jiran kami tu suami isteri. Tak sure baru kahwin ke dah lama. Bila sembang-sembang, wife nya tu ada bau bacang dengan my FIL. Keciknya dunia. Suaminya tu peramah betul. Business man. Wife tu pramugari MAS. Cantik. Nampak senang lah keduanya. Tapi sampai hari ni diorang takde zuriat lagi. Tak sure memang tak nak atau sedang berusaha.

Cuma dari pandangan mata kasar aku ni, kadang rasa kasihan. Teringat lagi masa baru kahwin rasa desperate nak dapat anak cepat. At one point memang rasa agak boring berdua aje dalam 1 rumah. Aku nakkan penyeri. Alhamdulillah ada dah 2 ketul tu. Happy.

Tapi itulah, aku tulis ni dr pandangan mata an outsider. Manalah tahu memang ada orang tak suka budak-budak kan? Manusia ni kan ada bermacam ragam. Apa pun aku doakan yang terbaik ajelah utk diorang. Itu jelah yang termampu. 

Kadang bila aku rasa happy, teringat juga orang yang tak happy. Membuatkan aku rasa lebih bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni.





Rasa berbunga-bunga hati dengan kasih sayang bila dapat spend masa dengan suami & anak-anak masa cuti. Feeling blessed. Terima kasih Allah.








Popular Posts