Throwback Melihat Kaabah Pertama Kali





Perasaan ketika pertama kali melihat Kaabah di depan mata.


Berdebar-debar. Kami tiba di Kota Suci Mekah sekitar 12malam. Kami dibenarkan naik sebentar ke bilik utk berwudhu & sebagainya sebelum berkumpul semula untuk melakukan Umrah Wajib bagi yang pertama kali sampai & Umrah Sunat bagi yang dah pernah sampai. Untuk aku, ianya Umrah Wajib. Allah ya Allah, terima kasih kerana menjemput hambaMu yang hina ini ke rumah Mu pada usia 31 tahun. Jemputan yang tidak disangka kerana mengikut rancangan & kemampuan kewangan, kami akan pergi dalam tempoh 2-3 tahun lagi. Itulah namanya rancangan manusia. Mana boleh lawan dengan rancangan Tuhan.

Suasana sekitar Masjidil Haram pada waktu tu tenang. Kami berjalan dengan perlahan beramai-ramai dalam kumpulan bersama mutawwif muda kami Ustaz Samsudin seorang warganegara Indonesia sambil tertahmid, berzikir & sebagainya. Mulut aku tak lepas berzikir rabbi yassir wala tuassir kerana banyaknya perasaan tak enak memikirkan keupayaan & kekuatan fizikal. Masa tu hanya berserah pada Allah takde harap yang lain dah. Makin menghampiri kawasan Masjidil Haram, makin berdebar rasa hati.

Hingga akhirnya kami masuk ke dalam & sebaik melihat Kaabah didepan mata, rasa sebak tak terhingga. Ya Allah, dalam pada aku ni kerja biasa-biasa, dalam pada aku ni beribadat yang tak seberapa, dan dalam banyak lagi kekurangan yang ada dalam diri, Kau jemput aku ke rumahMu. Terima kasih Tuhan. Akhirnya hajat yang 1 ini tertunai. Sebelum nyawa diambil semula, mata ini telah melihat rumahMu yang mulia.

Dalam suasana yang tenang, kami memulakan pusingan tawaf sambil mulut terus terkumat kamit dengan pujian kepada Allah & Rasulnya. Urusan kami dipermudahkan. Usai tawaf, kami solat sunat menghadap Kaabah didepan mata. Perasaan yang sukar digambarkan. Air mata sejak masa tawaf lagi memang murah sangat mengalir dipipi. Pelbagai doa dipohon. Kemudian kami meneruskan umrah dengan melakukan saie & akhir sekali bergunting.

Selepas bergunting, selesailah umrah kami & kami sudah bebas drp ihram. Lega yang tak terkata. Jam sudah pukul 3.30pagi, tak lama lagi waktu Subuh akan masuk. Aku & Kak Som berjalan ke tempat solat, memperbaharui wudhu' & bersolat Subuh berjemaah buat pertama kalinya di Masjidil Haram. Azan Subuh yang dilaungkan sangat sayu & merdu. Subhanallah.

Segalanya masih jelas diingatan. Hati ini sudah rindu.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat