4 Bulan Bersama HSP

Selagi penyakit HSP Naurah tak sembuh sepenuhnya, selagi itulah aku sentiasa mencari maklumat tentang penyakit HSP ni. Dah 4 bulan since Naurah diserang HSP. Nampaknya ia masih berterusan. On & Off begitulah ia datang & pergi sesuka hati. Kesian Naurah sebab dia pun dah penat nak makan ubat. Budak-budak lagilah kan. Bertabah la yer nak. Allah sedang menguji kita. Ibu & ayah tak jemu study pasal penyakit rare awak ni. Cuba bermacam cara nak bagi awak sembuh sepenuhnya. Doa pada Allah tak pernah putus utk awak. InsyaAllah satu hari nanti awak mesti akan sembuh sepenuhnya. Jangan pernah putus harapan & sentiasa positif.

Disebabkan HSP ni, Naurah terpaksa ponteng sekolah. Selalu ketinggalan dengan kawan-kawan yang lain. Dia pun rasa sedih. Kalau sehari dua, boleh lagi aku & habi bergilir jaga dia kat rumah. Tapi kalau sampai seminggu dua tak boleh ke sekolah, terpaksalah duduk kat Semenyih mengharap jagaan PIL. Sampai deme pun dah berzikir biar Naurah duduk dengan deme je sekolah kat sana. Ohh..janganlah ditambah beban yang kami tanggung skrg dengan penyakit tu. Naurah tu anak kami, tanggungjawab kami sbg ibu bapa menjaganya. Tak sanggup kami nak berpisah duduk dengan dia, tak nampak muka dia sehari pun rasa tak best. Biarlah anak ramai mana pun, setiap seorang drpnya tu istimewa. Takkan ada galang gantinya.

Demi Allah aku & habi akan usaha jaga Naurah sampai dia sembuh sepenuhnya. Tidaklah kami mahu mengambil jalan mudah biar orang lain terus menjaga & mendidiknya. Biarlah kami berulang alik berpenat lelah asal dia tetap dalam jagaan kami. Kalau keadaan memaksa sangat, aku sbg ibu pun boleh berhenti kerja jaga dia sendiri. I don't mind at all. Memang jd impian aku nak duduk rumah uruskan hal rumahtangga. Cuma buat masa ni Allah belum tunjuk jalan nak capai impian tu. Habi needs me to work. Aku kerja cuma utk tolong ekonomi keluarga. Itu saje.

Moga HSP tak bagi kesan yang teruk pada kidney Naurah. Itulah concerns doctor skrg. Itulah yang merunsingkan kami saban hari. She looks normal & healthy other than the rashes and sometimes abdominal pain & joint pain. Itu luarannya sedangkan penyakit HSP ni memakan dia dari dalam secara diam. Follow up memang kena selalu. Dari urine dia doctor akan decide apa yang dia perlukan. I hate the fact that she have to consume steroid tapi memang takde cara lain dah.

Tadi jumpa website Yayasan Vasculitis. Dpt tips for natural remedy for HSP. Kami akan usahakan utk Naurah. 

Get well soon kakak!!





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat