Benci Kerja

Ya Allah, takutnya tengok perangai manusia yang macam-macam sekarang ni. Hati tu macam dah hitam & kotor sangat. Dahlah jenayah pun makin berleluasa. Dah tak rasa selamat lagi duduk kat Malaysia. Dulu bolehlah berbangga & bersyukur dengan keamanan negara. Tapi sekarang 50% perasaan tu dah hilang. Sedihnya.

Kes culik semakin menjadi-jadi. Terutamanya kanak-kanak. Katanya diorang ni diculik sebab nak diambil organnya untuk dijual. Ya Allah, kejamnya manusia demi duit sanggup membunuh kanak-kanak. Langsung dah takde perasaan belas kasihan.

Tadi tengok video tentang pelarian Islam Syria yang menyabung nyawa lari ke negara-negara Eropah. Kasihannya nasib saudara seagama kita. Ada video seorang budak lelaki lebih kurang umur Naurah dok dukung adik lelaki dia kecil sikit drp Nazif menyorok daripada kereta kebal askar dibalik batu besar. Ya Allah, mengalir air mata tengok apatah lagi bila membayangkan anak sendiri yang jadi macam tu. Ibu bapanya mungkin dah meninggal. Tinggallah 2 beradik sehelai sepinggang entah kemana nak dituju.

Dunia sekarang memang dalam fasa yang gelap & malap. Penghuninya juga semakin 'sakit'. Ya Allah, kasihanilah kami. Jagalah kami. Pada siapa lagi kami mahu meminta selain drp-Mu. Selamatkanlah umat Islam di serata dunia. Berikanlah cahaya pada hati-hati kami. Hilangkanlah sifat-sifat buruk kami. Lindungi kami drp segala kekejaman & kesesatan. Lindungi kami drp fitnah dajjal.

Lately terkesan sangat dengan keadaan dunia yang semakin huru hara. Kembali mengingati tujuan aku diciptakan oleh-Nya. Mahu mencari semula fokus dalam kehidupan. Cuba spend quality time dengan suami & anak-anak semampunya. Tak tahu sampai bila boleh mengecapi bahagia dengan mereka. Bila-bila masa boleh ditarik nikmat itu. Tak sabar nak bersalin, dapat kembali sihat & kuat utk memperbanyakkan ibadah pada-Nya jika diberi peluang. Tidak boleh lalai & leka lagi. Hati ni dah rindu sangat pada Dia. Buat masa skrg kudrat terbatas. Maafkan aku ya Allah.

Cuba utk melupakan dunia. Terlalu banyak kelalaian drp kehidupan dunia. Kadang aku rasa benci sangat nak bekerja. Membuatkan separuh kehidupan aku seperti sia-sia dengan melepaskan tanggung jawab sebenar sbg seorang isteri & ibu. Membataskan kudrat untuk berbuat lebih banyak ibadat kepada-Nya. 

Touching pasal dah nak bersalin sama agaknya. Nak bertarung nyawa buat kesekian kalinya. Berdoa moga dipermudahkan segalanya. Amin ya rabb.







 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat