Skip to main content

Berserah Diri

Akhirnya masuk dah kerja setelah mc 2 hari. Rasa fresh lah jugak dapat berehat kat rumah even tak rehat sangat pun sebenarnya. Takpelah, esok dah start rutin mcm biasa. Hari ni terpaksa drive sendiri pasal habi ada training kat Puchong. Sampai rumah pukul 9mlm macam tu. So kenalah makyong ambil anak-anak kat kindy & taska menjadi superwoman on my 35th weeks. Tak kuat pun kena kuatkan diri jugak. Takde pilihan.

This Friday InsyaAllah will be my last check up before doc bagi date for induce. Hopefully induce lah yer bukan c-section huhu. Tak putus doa pada Allah moga dipermudahkan proses bersalin nanti & harap baby sihat walafiat senang dijaga. Berapalah date doc bagi nanti eyh. Sebok je aku meneka-neka hehe.

Kalau ade benda tak best, by next week maybe on 5 or 6 Nov after genap 36w. Kalau semua nampak OK maybe blh tggu sampai genap 37w on 11 or 12 Nov. Ehh banyak lak andaian aku ni. Tunggu jelah hahaha =P

Rasa macam baby dah semakin turun kebawah. Kepala dia dah menekan kat pundi kencing tu asyik la terasa nak kencing even seciput je kuor airnya. Tido malam pun tak kena mana. Tapi lega sakit pinggang kronik sblm ni dah takde. Betullah kata doc Fatimah pasal posisi baby yang buatkan aku sakit sangat sebelum ni. Now kepala dia dah kat bawah, dah besor tak boleh nak pusing kemana sangat, so rasa OK je pinggang tu tak masalah sangat.

Cuma yelah berat baby dah makin naik, tekanan tu sekali sekala tetap dirasakan. Tidur tetap kena mengiring ke kiri or ke kanan. Sesekali je menelentang itu pun tak boleh lama sangat lah tak elok utk tulang belakang jugak. 

Rasa tenang pulak bila dah nak last-last ni. Dah tahap berserah segalanya pada Allah. Tuhan yang Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga diberi peluang utk hidup bersama anak seramai 3 orang & suami yang satu itu mengecapi kebahagiaan sambil menunaikan tggjwb sebagai hambaNya. Aku berserah diri.





Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…