I'm In Pain

Allah ya Allah, teruji sangat rasanya lately dengan sakit pelvik & pinggang. Seingat aku inilah masalah yang paling kronik untuk pregnancy ke-3 ni. Untuk Naurah & Nazif aku tak rasa ada alami sakit yang horror macam ni sekali. Maybe makin parah sebab kes Nazif yang nak berdokong tu kot. Even tak selalu tapi menyumbang jugak gaknye. Itu jelah kelainan ketara berbanding previous pregnancy.

Aku berjalan dalam kesakitan. Duduk dalam kesakitan. Setiap langkah tu rasa sakit yang amat. Muka aku memang tak boleh nak cover lagi dah. Muka menahan sakit. Orang tengok pon rasa nak tampo je gaknye. Haha. Aku bukan buat-buat weyh. Ini betul-betul sakiiiiittttttt!!! Rasa macam nak menangis taw dibuatnya. Allah jelah yang tau sobsobs.

Tak tau macam mana nak selesaikan masalah ni. Takkanlah asyik nak ambil MC. Aku takde masalah datang office tapi itulah..nak berjalan kesana kesini tu yang menyakitkan aku. Kalau kat rumah aku boleh baring. Memang rasa lega bila baring atas katil or sofa. Kat bawah memang tak la. Saje cari nahas namanya tu.

Kalau lah boleh work from home je. Tapi nak cakap dengan bos pun serba salah bab benda-benda macam ni. Aku tak rasa dia boleh faham & bagi solution yang baik untuk aku. Knowing her for 10 years lah. Hmm...

So sanggup ke aku bertahan lagi 4-5 minggu dengan kesakitan maha hebat ni? Allah...entahlah. Buntu.

Aku terfikir if boleh warded sehari & ambil sick leave after that. Can I? Masalahnya kalau nk masuk private tentulah bab duit. Hospital government takde pengalaman pulak. Nak ke diorang bagi sick leave lama-lama? Haih....

I'm in pain. Ya Allah, permudahkanlah.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat