JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Day 2)

Esok paginya kami gerak ke Pekan Parit Raja menuju Kompleks Niaga Parit Raja. Masuk je nampak ada Pasar Tani. Auww sudah teruja kite. Tapi sabarlah dulu pasal misi utama nak pekena Lontong Warisan Hj. Salim. Dari kejauhan je dah boleh agak kedai yg mane. Yang ramai orang itu mestilah tempatnya & kami memang tak salah hehe.

Aku order Lontong lauk Ayam Kicap. Habi order Lontong lauk Paru. Naurah order Roti Canai Kosong dari gerai sebelah. Perghh...lontong dia memang terbaiklah. Selain drp ada Ayam Kicap, ada letak Sambal Goreng Kicap. Lontong lembut memang heaven sangat okay. Nak menangis rasa masa makan dek kesedapan itu. Hover sangat ko kan. Haha.



Lepas makan kami pun jalan-jalan dekat Pasar Tani. Best betul tengok sayur kampung yang rare dijual kat situ. Nak beli macam mengarut sangat lah pulak kan. Last-last aku beli Putu Piring tapau bawa balik hotel je. Sedap. Haihh..semuanya sedap aku ni. Maklumlah dah lama tak makan macam orang normal dek kena diet diabetic ni kan. Demi JJCM BP ni memang tak perlulah fikir nak diet. Kalau semua tak boleh nak makan, tak payah la kata JJCM ye tak? Cuma masih berpada-pada jugaklah. Takut-takut gitu.




Lepas penat round Pasar Tani, balik hotel, lepak-lepak & mandi. Around 11.30am kami keluar menuju ke Bandar Batu Pahat untuk misi JJCM seterusnya iaitu ke Restoran Briyani Power, Taman Soga. Restoran ni habi dah pernah bawak aku masa tengah bertunang. Dah tak ingat sedap ke tidak. Haha. Habi pun dah tak berapa cam jalan dok terpusing-pusing sikit sampailah lalu ke jalan yang dia familiar. Banyak dah berubah katanya. Maklumlah dah 10 tahun tinggalkan bumi Batu Pahat. Tempat dia study degree kat Kuittho (now UTHM) dulu.


Elok Nazif & Naurah tido dalam kereta masa kami sampai. Habi kejut Naurah & Nazif aku dukung letak dalam buggy. Yeayy, ini bermakna aku dapat makan dengan tenang haha. Naurah memula biasalah moody. Langsung taknak makan & minum. Elok kami habis makan, dia kata lapar & aku suaplah baki Nasi Briyani Gam Kambing yang tak habis. Habis je nasinya, dia pun kata taknak dah. Nasib baik ekeke. Kalau tak cukup kena order lagi mesti banyak lebih sbb portion besar kan.

Orang memang ramai lah. Satu yang aku kagum, orang Cina kat BP ni ramai support kedai makan orang Melayu yang memang femes & sedap. Maknanya selera diorang ni macam dah sama dengan orang kita. Susah nak nampak senario ni kat tempat lain. Bagi aku lah. Tak taulah kalau korang dah biasa nampak kat area N9, Selangor & KL ni.

Atas meja ada letak Bubur Sum sum. Tergoda betul nengoknya. Amek lah 2 bekas nak lepas ngidam. Bukan senang nak dapat benda ni. Teringat masa kecik mak buat sampai menjilat sudip kami adik beradik hahaha. Nostalgia sangat.

Ohh...aku & habi dedua order Nasi Briyani Kambing. Bezanya habi pilih yang biasa & aku pilih yang gam. Briyani Gam ni maksudnya kambing & nasi dimasak bersama dalam periuk while yang biasa lauk & nasi dimasak asing. Kedai adalah full house. Meriah betul. Dekorasi dah banyak beza drp masa kami pergi dulu. Yang skrg lebih cozy. Nice.





Lepas kenyang perut senang hati, kami ke Square One Shopping Mall pasal tengok ada Parkson. Aku & habi suka sangat ke Parkson pasal macam sepanjang masa Sale. Haha. Nazif bangun tido, bawa dia makan KFC dulu pasal dia je tak makan lagi. After that sopim la macam-macam. Semua ada habuan masing-masing kecuali habi. Dia memang payah nak membeli. Selalunya bini & anak-anak je dia utamakan.

Penat shopping, kami balik ke hotel merehatkan badan dulu sebelum keluar balik utk JJCM dinner. Ok yang tu next entry lah yer. Daaa...







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat