Kiamat Sudah Dekat

Suka ke tak suka, nak percaya ke tak percaya, terpulanglah pada diri masing-masing. Bahawasanya kita sekarang ni sedang hidup dalam fasa fitnah dajjal bermaharajalela di muka bumi. Islam berada pada fasa kejatuhan yang gelap & malap. Umat Islamnya ramai, tapi kita takde kuasa apa-apa. Hanya bak buih di lautan. Dajjal itu memang sudah wujud cuma belum keluar secara terang-terangan mengakui dirinya Tuhan & penyelamat umat manusia.

Imam Mahdi juga pastinya sudah lahir ke dunia. Seorang yang berketurunan Rasulullah SAW yang namanya juga Muhammad seperti yang pernah diperkatakan oleh junjungan tercinta kita itu. Sudah terlalu dekat kita dengan Hari Kiamat. Allah ya Allah, aku sama sekali tak sangka semua kejadian besar ini berlaku masa nyawa masih dikandung badan. Menjangkakan ianya akan berlalu lambat lagi di masa hadapan.

Fasa sekarang ini agak kritikal. Tapi lebih kritikal juga semasa fasa anak-anak kita yang masih kecil sekarang ini apabila mereka besar nanti. Besarnya tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dalam mendidik mereka. Takutnya kalau salah didik, anak-anak jadi pengikut dajjal pulak. Nauzubillahiminzalik. Ianya satu cabaran yang sangat besar. Ya Allah, berikan aku panduan utk mendidik anak-anak menjadi seorang Muslim yang soleh & solehah. Amin.

Baru tadi aku tengok video kat FB perkiraan seorang Ustaz dari Indonesia tentang fasa-fasa dunia. Bumi takkan bertahan lebih drp 1500 tahun kalendar hijriah. Ini juga yang berlaku pd kaum-kaum terdahulu sebelum umat Nabi Muhammad SAW. Dalam lingkungan itu sajalah sesuatu kaum itu Allah wujudkan sebelum pupus & bermula era kaum yang baru. Seperti yg kita sedia maklum, kitalah kaum manusia yang terakhir.

Perkiraannya setelah ditambah tolak, mungkin ada dalam 17 tahun saja lagi kita hidup dimuka bumi Allah ni. Tentang tarikh sebenar berlakunya Kiamat itu tentulah bukan dalam bidang pengetahuan kita. Tak perlu kita meneka-neka. Cuma dengan perkiraan ini bolehlah kita mempersiapkan diri utk perjalanan kehidupan seterusnya di akhirat pula. Allahu...amalan tak banyak mana. Takutnya.

Anak-anak itu memang rezeki yang tak ternilai drp Allah. Tapi kita juga mudah lalai dengan tugas utama kita sebagai hambaNya dalam kesibukkan seharian mencari nafkah & membesarkan anak-anak. Inilah yang aku paling takuti & sedang berlaku pada diri. Aku berazam utk tak menjadikan alasan kepenatan utk tidak berusaha lebih kuat utk beribadah kepada Allah selepas bersalin nanti. Kena lebih fokus & kuat semangat. Moga Allah permudah. Aminnnnnn.

Mereka juga adalah ujian utk ibu bapa




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat