Manusia Lemah

Aku bukan orang senang. Nak kata kaya jauh sekali. Kerja pun biasa-biasa je. Tapi rezeki Allah tu luas. Dia permudahkan banyak benda dalam hidup aku sehingga duit gaji yang tak seberapa tu cukup untuk aku & family. Tak perlu bayar sewa rumah. Malah tak perlu fikir tentang nak beli rumah pun. Cukuplah rumah sekarang. Hutang long term pun dah tak ada. Kereta Kelisa dah habis bayar. Pinjaman PTPTN pun dah selesai. Keduanya settled lebih awal drp tempoh sebenarnya.

Allah ya Allah, nikmat Mu yang manakah mahu aku dustakan.

Tahun lepas, dengan gaji yang tak seberapa tu juga aku & habi berjaya jejakkan kaki ke rumah Allah. Kami telah dijemput walau plan sebenarnya belum sampai tempoh. Rezeki lagi. Dapat pula pergi dengan separuh perbelanjaan sebenar. Sesuatu yang tak terjangka dek akal. Tapi bila Allah berkehendak, maka jadilah.

Bila mengenang pelbagai nikmat yang Allah berikan pada aku, rasa sangat bersalah kalau tak balas balik kepadaNya dengan bersungguh-sungguh mahu menjadi muslim yang lebih baik. Usaha sehabis daya. Melawan nafsu & godaan Syaitan untuk dekat kepada Allah. Ianya satu perjuangan seumur hidup. Banyak ranjau dan duri. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan dunia sekarang.

Rasa tak cukup masa. Rasa sibuk sentiasa. Terutamanya dengan keluarga. Nak membahagikan masa antara keluarga & Tuhan. Allah, ianya bukan mudah. Kudrat terbatas. Lebih lagi dalam keadaan aku yg sekarang. Terlalu banyak kelemahan. Ampunkan aku ya Allah.

Tak ada dalam sehari pun aku tak menyesali kekangan kudrat diri dalam menjalankan ibadah kepadaNya. Hati sentiasa dirundung rasa bersalah. Sehari demi sehari ianya begitu. Solat serasa tak berkualiti. Mengaji entah kemana. Bangun solat malam entah kemana. Terlalu banyak kepincangan. Tapi masih lagi tak jemu meminta kepadaNya itu dan ini dalam doa. Terkadang memang rasa malu yang amat. Lemahnya aku.

Sampai bila nak macam ni? Sedangkan sendiri tahu mati tu bila-bila je. Dengan tak lama lagi nak bertarung nyawa melahirkan sebuah lagi nyawa. Masih lagi lalai. Ampunkan aku ya Allah. Aku manusia yang lemah.

Soon. Permudahkanlah.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat