Menghampiri

Alhamdulillah hari ni Naurah dah start kindy semula after 1 week absent due to her HSP disease. Ruam kat kaki semua dah hilang. Tinggal bekas jelah coklat-coklat tu haa. Kesian. Kadang bila ingat memang aku sapu Bio Oil & sembur air kangen. Usaha jelah walau tau bekas tu timbul dari dalam kulit bukan dipermukaannya. Itulah bezanya HSP. Radang pembuluh darah yang timbulnya dari dalam bukan di luar sebab ianya bawaan darah pesakit bukan penyakit berjangkit.

Check up Sabtu lepas, kami follow up dengan Dr. Asmiati pasal Dr. Khairul cuti. First time jumpa doc ni & best. Ramah dia bertanya itu ini pada Naurah & kami. Dia ada suggest 1 supplement juga utk kami bagi pada Naurah utk boost immune system. Belum beli kat farmasi lagi. Kata doc selalu budak-budak yang problem dengan asma & alergi mmg elok makan supplement ni. Time jerebu ni consume 1 family pun bagus. Dia kata usaha jelah utk HSP Naurah ni kot-kot dapat membantu jugak. We appreciate your advice & suggestion doctor. Thank you =)

Lusa InsyaAllah genap 8 bulan dah. Ya Allah, I am so excited, happy & thankful. 32 weeks. Its not an easy journey throughout this 3rd pregnancy. Be strong ye baby. Tak lama lagi dah kita nak bersua muka. I love you so much. You are such a fighter. Terbayang bila dah kuat balik rumah BBST & handle 3 kids by myself. OMG. Can I make it? InsyaAllah yakin boleh!

Diapers baby pun dah beli. Huggies Newborn & Fitti size S. Tinggal nak beli Sebamed shampoo & baby bath je. Wet wipe pun dah beli. Balm baby pun sudah. Oh yes, nak top up napkin kot sikit yang baru. Yang lama tu Nazif sampai skrg masih pakai kadang utk lap hingus etc. Haha. Kang dia marah pulak ambil hok dia. Better beli baru sikit utk baby. Baju semua pun dah ada. Tak sabar.

Cerita tentang office, our new HOD akan masuk 5.01.2016. Moga dapat bos yang baik & memahami. Aku dengan bos perempuan berpisah tiada. Tak pernah lagi sejak bekerja dapat bos lelaki. Dah tertulis hehe. Takpelah, bersangka baik je. Senyum. Hidup mau terus. Asal dapat gaji untuk tolong ekonomi keluarga dah syukur sangat dah. Selagi terdaya, kita usahakan & bersabar. InsyaAllah.


Molek perangai budak ni semalam. Baring sebelah Ayah, minum susu, tau-tau dah tergolek. Lama dia tidur almost 3 hours. Bangun je mood elok senyum & main dengan kakak. Love.







Popular Posts