Misi Sukses

Syukur hari ni gagahkan diri juga bekerja even pagi-pagi dah muntah putih, hijau & kuning. Special betul muntah kali ni ada 3 kaler. Selalu 2 kaler je kehkeh. Kalau MC hari ni mesti orang sangka saje nak amek kesempatan cuti panjang punye. Drp kita bagi orang dosa fikir bukan-bukan pasal kite, eloklah kite pegi koje je =P

Kalau tanya aku lah kan, dah last-last pregnancy mcm ni memang takde mood dah nak keje. Kalau boleh cuti, nak cuti je duduk rumah membesokan perut haha. Yelah, kite pun bukan sihat sangat pun. Sakit sana sini, tak 100% tiptop. Tapi demi rezeki yg halal, kite kena gagahkan jugak. Selagi mampu, InsyaAllah. Kalau dah tak mampu sangat, baru kita MC. Masa tu gasaklah orang nak fikir apa pun yang negatif tentang kita. Allah lebih tahu.

Selesai dah JJCM Batu Pahat selama 3 hari 2 malam. Overall puas hati sebab semua yang nak makan, dapat makan. Rosak habis diet kesihatan aku. Hari ni kena start diet balik. Jumaat kena buat BSP sebelum check up on Sabtu. Harap tak kantoi lah result pagi tu. Paling dupdap bab berat baby. Harap sangat masih dalam range yang normal. Jangan besar sangat please. Mak seriau.


Sebelum bertolak ke Batu Pahat. Kemain happy anak-anak. Dah lama tak pergi bercuti duduk hotel. Jadilah walau hotel takde swimming pool. Hehe. Bajet tak beso. Kita cuba bersederhana jelah yer. Yang penting kite enjoy. Lari sebentar drp dunia rutin yang melemaskan itu.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat