Penguat Semangat

Kronik sangat sakit pinggang semalam. Macam sakit masa contraction nak bersalin. Cuma dia effect pinggang & bersambung ke urat peha. So bila melangkah nak berjalan memang sakit sangat mencucuk. Jalan slow gila macam sloth.

Sampai rumah, makan bubur, naik atas mandi & solat. Terus berbaring atas katil dengan anak-anak. Skip ulangkaji dengan Naurah. Tak larat sangat. Dalam otak cuma nak berehat je. Nazif overload susu muntah pulak atas katil. Terpaksa bangun & panggil habi mintak tolong buka cadar & bersihkan budak tu. Masa tengah tunggu semuanya dibersihkan tu duduklah memerhati dalam menahan kesakitan.

Dapat je baring semula terus meleleh air mata. Sakit sangat. Aku bukan jenis senang nak menangis. So kalau dah menangis tu memang sakit sangat lah maknanya. Anak-anak bila tengok ibu menangis terus jadi behave. Sesuatu yang jarang dilihat agaknya buat diorang terkesima. Tengok anak-anak kemain concern kita pulak jadi tambah sedih. Mak-mak sangat perasaan ni taw. Touching.

Habi pun tak complaint apa even kena buat pelbagai kerja sorang-sorang. Dia tau aku betul-betul in pain. Aku bukan selalu macam tu. Dalam hati kesian jugak kat dia tapi aku memang dah tak daya nak buat apa-apa. 

Sambil baring mengiring, anak-anak baring kat sebelah layan playdoh kat youtube. Sambil peluk anak-anak akhirnya aku tertido awal. Letih & sakit. Perasan jugak habi usap pinggang & kiss my cheek not long after that. Tapi dah mamai sangat nak buka mata pon tak mampu. Terus tido sambil berharap kesakitan tu cepat pergi.

Terjaga around 1 o clock. Nak kencing. Bangun perlahan-lahan & alhamdulillah saat kaki melangkah, kesakitannya sudah berkurangan. Lega. Pukul 5 pagi terjaga lagi. Habi bangun tutup aircond. Dia tanya sakit lagi ke? Aku cakap tak. Sambung tido sampai pukul 6. Bangun solat & rasa OK. Boleh pergi kerja. Syukur.

Esok kami mahu ke Batu Pahat. Final vacation before deliver the baby. Last vaccay was on May. We really need it. Janji jumpa dengan Mak & Abah kat Air Hitam sebab nak attend wedding anak cousin Abah. Isnin dah apply cuti. Percutian 3 hari 2 malam dgn tujuan utama nak JJCM kat BP. Moga semuanya berjalan lancar. Amin.





Anak-anak penguat semangat.






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat