Resipi Nasi Daging & Air Asam





Ahad lepas rasa sihat skek badan. Ada daging & tulang korban dari lembu taman perumahan kami. Kat FB kan selalu orang share pasal resipi. Terpandang la resipi Nasi Daging Utara. Rasa macam senang je bahan-bahannya. Even tak cukup bahan, buat jelah dengan apa yang ada. Since anak-anak & habi suka lauk yang berkuah, buat sama Sup Daging sebagai lauk sampingan.

Jarang sebenarnya buat nasi berperisa ni. Nasi Ayam yang mudah tu pon boleh dikira dengan jari je bape kali buatnye. Nantilah lepas dah bersalin kot-kot roh rajin memasak kembali datang seperti dulu. Kat bawah ni aku share resipi Nasi Daging yang aku buat haritu eyh. Slightly different drp resipi asal tapi rasanya tu ada. Sedap je. Haha. Mamposlah puji diri sendiri =P Eyh Naurah & Nazif pun cakap sedap taw. Habi makan pun licin pinggan. I'm not bluffing.


1) Daging - rebus hingga agak empuk & toskan airnya simpan utk masak nasi.

2) Blender bawang, bawang putih, halia. Dalam rice cooker tumis bahan blender dengan olive oil, serai sebatang diketuk, bunga lawang & bunga cengkih sampai naik bau. Garam secukup rasa. Masukkan tomato yang di potong dadu menjadi 12 potongan. Masukkan seketul daging sebesar penumbuk yang direbus tadi. Masuk semua pon boleh tp pasal aku nk buat Sup Daging, so letak 1 potong daging je sudah. 

3) Basuh beras & toskan airnya. Masuk beras dlm rice cooker & gaul sebati dengan bahan tumisan tadi.

4) Ambil air rebusan daging & tambahkan pada nasi. Tuang susu low fat dalam secawan & gaul rata & biarkan nasi masak. Senang kan?

Kemain lagi Naurah kata ' delicious mummy '. Nazif pulak sedap..sedap. Hehehe. Comel budak-budak ni. Pandai ambil hati ibu eyh.

Ni ada resipi Kuah Asam sekali. Senang jer. Hiris bawang besar, lada merah, diced tomato, bakar belacan, pes asam jawa, tuang air suam & kacau rata. Siap.

Bila nak hidangkan tu daging seketul yang dimasak bersama nasi tu hiris-hiris & tuang air asam bersama nasi daging. Nyumss.










Popular Posts