Skip to main content

Update Hari-Hari Terakhir

Ahh..lately makin kerap pulak sakit kepala. Datang sekali sekala. Biasalah dah nak last-last ni tekanan makin heavy dengan rehat yang tak cukup, runsing fikir itu ini, berat baby yang makin naik. Banyak faktor lah buat tekanan darah makin tinggi drp biasa even dah control dengan ubat.

Fasting blood for BSP tadi 5.8. Lega sebab bawah 6. Tapi hari ni ada makan2 kat opis. So dah makan bihun & karipap sebijik. Tak taulah reading berapa ni karang sebab selalunya aku breakfast roti wholemeal je 2 keping dengan koko stevia. Ni tengah pulun minum air masak kena habiskan at least 1 liter sebelum kena puasa 2 jam nak ambil darah pre lunch.

Lunch ada KFC. So ratah ayam jelah kita. Harap OK lah reading. Probably this is my last BSP for this pregnancy. Esok doc nak tengok & harappppp sgt dapat date for induce. Haihh...tak tahu lagi nasib diri ni macam mana. Dok terfikir-fikir sokmo. Kadang rasa calm, kadang rasa nervous. Bercampur aduk dah feeling ni.

Semua kelengkapan ibu & baby dah 100% ready. Baju baby, lampin nak basuh weekend ni. Semalam beli beg pam & simpan susu 2 in 1 yang baru dengan cooler brick plus additional storage plastic for EBM. Walaupun baby ni most likely yang terakhir untuk kami, dia punya excited beli macam-macam tu tetap ada. Barang-barang lama yang masih ada & elok tetap akan dipakai juga.

Barang2 yang elok ni nanti boleh let go pada adik-adik or ipar duai yang nak. Takpun boleh jual pre loved items or  sedekah je bagi orang yg nak boleh dapat pahala. Takde rasa membazir pun. Selagi mampu, kelengkapan baby kena tip top. Tak kisahlah anak berapa pun. Amanah yang besar dari Allah kan. Bukan senang nak dapat makanya kena appreciate lebih sbg tanda bersyukur.

As usual for mandian baby, aku prefer pakai Sebamed. Semalam beli yang botol besor terus kat Lazada dengan diaper rash cream & botol Autumnz storage utk pakai masa mengepam kat opis. B4 ni guna botol susu Avent tapi ritu dah buang semuanya. Nak beli semata utk mengepam macam mahal sangat. So cari storage bottle yang wide neck jelah boleh sambung terus dengan pam. Beli 4 botol ade less jd RM24 je. Jimat selagi boleh.


Situasi sebenar rumah dgn anak 2 HAHAHA





Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…