Baby Nenas Manis Leting













Macam-macam gaya haaa deme bergambar dengan baby nenas. Kemain happy tengok nenas comel macam deme yer. Hehe. Akhirnya lepas pun keinginan nak merasa baby nenas yang viral ni. Asal dapat makan walau sekali dah puas dah. Takde teringin lagi. Pulaknya baby nenas ni mahal rupanya. RM18 utk 5 biji tu. Dah la comel-comel saiznya kan? Tapi dek kerana teringin, kupejamkan mata membayarnya huhu. Geleng kepala habi tengok peel bininya ni =P

Tengok rupa nenasnya macam pucat aje kan. Tapi rasanya siryes manis weyh. Macam direndam gula gitu. Makan sejuk-sejuk berjus gitu perghhhh. Tak payah tabur asam dah. Makan gitu je dah cukup nikmat bagi aku. Nazif makan suku. Naurah makan half. Lepastu mak bagi perabis. As usual haha

Kebetulan org yg jual baby nenas ni jual sekali popia roll inti otak-otak. Goreng dah hari tu sikit kunun utk Naurah tapi pedas lah pulak intinya. So suruh dia gigit hujung yang takde inti, selebihnya mak lagi yang perabis. So tak payah nak heran kenapa mak badan macam tong dram yer. Membazir itu amalan syaitonirrajimmmm

Sekarang ni dalam otak aku asyik terfikir nak makan Set Nasi Sotong kat kedai makan Sirah Mee Udang kat Kota Warisan. Asyik tengok gambar dalam group FB Pddk BBST punya pasal lah ni. Pengaruh kuat sangat. Tengoklah weekend ni kot habi rajin nak melayan anak tekak makyong dah last-last ni kan. Kita cuba naseb.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat