Isu Bersalin Lagi

Tak habis lagi perdebatan pasal isu bersalin dgn doktor lelaki. Kali ni bila ada wanita yg sanggup bersalin dgn doc lelaki semata mata sbb doc tu hensem. Allahu Akbar, beginilah masalah akhir zaman. Sudah tiada segan silu melanggar hukum perintah Tuhan.

Speechless. Tak tau nak kata ape dah. Kite ni punyelah bersusah payah kumpul duit semata mata nk jaga kehormatan diri usaha nak bersalin kt private hosp yg semua urusan bersalin dgn nurse & doc perempuan. Tak mampu tapi aku mmg bertegas dgn habi pasal ni. Kalau nak ikotkan dia, mcm tak kisah sgt esp bila memikirkan kos & bersalin gov pn skrg kita blh je request doc ppn. Dan dlm kes2 darurat, tak jatuh dosa pd suami bila doc lelaki yg terpaksa handle isteri. 

But since aku sgt bertegas dlm hal ni sbb rasa kami masih blh berusaha bab kos tu, habi akur. Aku pn tidaklah lps tgn serah semua beban kos pd habi. Bantulah serba sikit yg termampu. Kerjasama. Sape tak jeles bila dengar kos bersalin kena puluh-puluh ringgit aje sedangkan kite mencecah ribuan ringgit pulak. Padahal sakitnya sama jugak kan. Tapi bila fikir sebab utama kita bersalin private tu kerana agama, terus terubat jiwa. Takde ape yg boleh lawan asbab itu. Duit boleh dicari lagi tp maruah yg tercalar akan diingati sampai mati.
Pada aku kalau betul suami sygkn kita, dia akn usaha utk bg yg terbaik utk kita. Dalam kes ini apetah lagi sbb ianya melibatkan hukum hakam agama. Bukan saje gedik nak request benda bukan2 pd suami yer. Alasan kita kuat & munasabah. InsyaAllah niat yg baik akan dipermudah.

Aku ralat sgt bila tau ada kawan-kawan yg bersalin private tp dgn doc lelaki. Berbagai alasan lah aku dgr knp mereka nak dgn doc lelaki. Nak ataupun tak kisah la sng ckp. Maybe pasal sebab nk bersalin kt private tu tak sama dgn sebab aku kot. Entah. Tapi sbg seorang wanita Islam sejujurnya mmg aku rasa ralat bile dgr kes mcm ni. Sayang sgt kemampuan yg ada tak digunakan atas dasar hukum agama tp mengambil atas dasar yg selainnya.
Kat hosp Nilai Medical Center bbrp tahun lps dh ada doc O&G. Tapi bila tengok semuanya doc lelaki terus tett. Cancel nk bersalin situ eventho dekat sgt dgn rmh & lebih selesa drp wad kat Annur. Apa-apa pun kita utamakan bab Islamic lah. Yang lain tolak tepi.

Bestnya kalau ada hospital bersalin kerajaan yang syariah compliance. Mesti ramai gila wanita Islam yg kesana & kuranglah income private hosp yg sama konsep hehe. Sedih sbb negara kita ni majoritinya orang Islam. Tapi bab penting mcm bersalin ni seperti dipandang enteng saje. Like its not a big deal lah maruah wanita yg paling berharga dilihat oleh lelaki selain suaminya. Inilah antara kepelikkan dunia ciptaan dajjal yg berlaku didepan mata. Tak heranlah bila dikatakan zina itu berlaku ditepi tepi jalan sahaja spt yg selayaknya dilakukan oleh haiwan & tiada siapa yg ambil peduli di ambang Hari Kiamat nanti. Wallahualam bis sawab.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat