Naurah Dan Impetigo

Kesiannya Naurah. Belum habis dengan HSP, dapat pulak penyakit baru. Syukur lepas doc tahu apa penyakitnya, sapu ubat krim & on antibiotik, a few days later elok dah penyakitnya tu. Impetigo tu macam kudis & ianya highly contagious. Naurah kena kat bawah hidung. Ingatkan luka sebab dia gosok hidung pasal flu. Rupanya penyakit lain pulak. Horror taw impetigo ni kalau korang gugel gambarnya. Aku nak snap hidung Naurah pun tak jadi sebab tak suka tengoknya. Hidung dia siap mcm berdarah gitu bila infection. Merisaukan sangat tengoknya.

Sakit tak bagi sentuh lansung hidungnya tu. Nak sapu krim pun pakai putik kapas slowly 2 kali sehari. Thank god aku cuti 4 hari bersambung dengan Deepavali hari tu. So dapat jaga dia sepenuhnya sampai sembuh. Masa hari Selasa, kudis dah mengering & aku dapat bersihkan hidung dia dengan putik kapas buang keruping slowly pasal dia pun dah tak rasa sakit sangat hidungnya. Puas bila dapat bersihkan. Barulah nampak molek semula hidungnya. Darah kering dari dalam hidung pun dah dapat dikeluarkan. Alhamdulillah. Semalam dah ke kindy tanpa rasa malu pada kawan-kawan =)

Macam-macam dugaan awak ye Naurah. Harap dia dapat membesar jadi anak yang kuat, sabar & tabah mengharungi segala ujian hidup. Kita sbg ibu bapa kena keep on support dia lah sebab adakalanya dia pun down dengan ujian yang menimpanya. Sama juga macam kita. Ada hikmah disebalik semua ni dari Allah utk keluarga kami. Kami terima dengan redha & berdoa moga diberi kekuatan mengharunginya. Amin.

Non bullous Impetigo

Kalau nampak anak anda hidungnya kudis mcm berkerak kuning gitu, bawa cepat jumpa doctor & mulakan rawatan yer. Lagi cepat dirawat lagi cepat eloknya. InsyaAllah. Impetigo ni senang kena kat budak-budak.







Popular Posts