Pendapatan Tambahan

Semenjak 2 menjak ni aku perasan makin ramai orang yang mencuba untuk berniaga secara kecil-kecilan. Agaknya pasal cost of living yang makin menekan. So bukan aku sorang jelah yang terasa bab ni kan? Dapat rezeki sikit-sikit pun jadiklah agaknya buat menampung lobang-lobang perbelanjaan yang ada. Inilah topik dalam kereta otw ke office antara aku & habi pagi tadi.

Sejujurnya aku suka membeli drp peniaga kecil-kecilan ni. Beberapa minggu yang lepas aku join group Pddk BBST kat FB. Haa..ramailah peniaga kecil kat situ mencari rezeki dengan mengiklankan produk yg mereka jual. Aku suka sebab most of them buat delivery ke rumah. Maklomlah time-time macam ni aku bukannya rajin sangat nak keluar kesana sini. Asyik fikir nak membesarkan merehatkan badan aje.

Setakat ni dah 2 kali peniaga kecil dari dalam group sane yang delivered produk jualan mereka ke rumah. First aku beli tilam kekabu campur drp Indonesia. Buat letak depan TV utk Naurah & Nazif baring sambil menyusu. Puas hati. Second, malam td beli Baby Nenas yang viral itu & Popia inti Otak-otak frozen. Lega dapat pun merasa Baby Nenas yang manis leting tu sebelum bersalin. Harapnya baby sok tak ngences macam Abg Nazif haha.

Kat taman aku tu sederet dengan rumah kami ada 1 rumah jual hotdog. Asal lalu rumah tu balik dari kerja, mesti aku perati aje. Teringin nak try tapi itulah belum berkesempatan lagi nak menyinggah. Seronok sebenarnya beli drp peniaga kecilan ni. Rasa kepuasan macam kita membantu orang gitu. Err sebenarnya aku ni kalau bab membeli memang laju aje hahaha. Rajin sangat kannnnn =P

Gaji bersih aku sekarang kan, half daripadanya dah tolak sesiap utk komitmen. Kang baby dah lahir, bertambah lagi komitmen utk personal insurans dia. Taska fee habi yang bayar. Dah bahagi siap-siap. Nervous jugak pasal balance gaji makin ciput. Dah tak boleh berbelanja sesuka hati lagi macam skrg. Tetibe rasa macam nak potong Astro. Bukan tengok TV sangat pun. Ambil Njoi je sudah bayar sekali tak payah komitmen bulanan. Mesti habi tak setuju. Haihhhhh...nasib badan.










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat