Pengalaman Bersalin Kali Ke 3 - Part II

Allahu rabbi. Lepas je pecah air ketuban, 3cm yang berikutnya adalah sangat menyeksakan. 2-3 kali contraction, aku tanya bidan if nak minta pain killer berkesan lagi ke at that time? Dia kata berkesan, InsyaAllah. Ada pengurangan sakit tu katanya. So proceed amek pain killer yg aku rasa sepatutnya tak perlu kot pasal sama je rasa sakitnya lepas tu kehkeh. Punyalah tak dapat bersabar sangat masa dah sakit kuat tu. Yang tau rasa tak tertanggung je dah. Fikir nak kurangkan rasa sakit menggila tu dan nak semuanya cepat berakhir. Itu saje.

Lepas pecah air ketuban, Doc F & bidan memang suruh kita baring mengiring utk cepatkan bukaan jalan. So aku pun mengiring ke sebelah kanan sambil memaut lengan & tangan habi yg duduk kat sebelah tu. Sekali sekala aku gigit tangan dia melepaskan sakit haha. Gigit light light je tidaklah beriya sangat. Kalau beriya mau berlobang tangannya hoho. Sambil berzikir, sambil mengaduh, sambil minta tolong. Dah bercampur aduk dah masa tu apa yg keluar dari mulut. Tak terkawal orang kata tu. Bidan & nurse memang standby je kat dalam LR tu pasal lagi 3cm je kan jalan nak buka habis. Aih malu pulak kalau ingat diorang dok saksikan kelemahan diri aku masa tu. Cakap pun dah ntah hape-hape je. Hehe.

Bidan tu selalu ingatkan supaya berzikir, ingat Allah, sabar. Kira dia pujuk la kita bagi tenang sikit hati tu menahan segala kesakitan yg dirasakan waktu tu. Dia pesan jugak kalau rasa nak terberak sangat bagitau. Aku ada rasa nak terberak so aku ckp la dgn bidan. Dia buat VE katanya 8cm. Belum lagi. Dia kata tips nak tahu the time is right when fully dilated is when all the contraction pain yang kita rasa sebelum tu tiba-tiba hilang & cuma rasa nak berak or meneran sahaja. Dia kata selalu sgt buat VE pun tak elok pasal kesan lepas bersalin nanti iaitu kena sembelit huhu. Sebab tu dari anak first, bidan & doc mmg minimal sangat buat VE. Bila betul-betul perlu je baru buat. So kita pun takdelah rasa stress sangat asyik nak kena tahan napas je =P Senak kot hehe.

Lepas bidan kata baru 8cm aku rasa sedih sangat. Sebab rasa dah tak terdaya sangat sangat sangat menahan kesakitan tu. At that moment terus aku berada dlm keadaan pasrah & berserah secara total kepada Allah. Mulut tak henti menyebut astaghfirullahanaazim. Itulah zikir yang paling sesuai aku rasakan waktu tu utk diucapkan. Ampunkan aku ya Allah. Its too painful for me. Suddenly teringat sakit ketika menghadapi kematian nanti. Beginikah serba sedikit rasanya? Ianya soalan yang tiada jawapan. Wallahualam.

Tiba tiba dengan tak semena mena badan aku mengalami seperti satu kejutan. Boleh rasa terberak dari dubur memancut gitu tanda berak tak habis masa diberi ubat berak sebelum disorong ke LR. Alamak malunya huhu. Nak buat macam mana kan. Its out of my control. Dan rasa shocked pada badan tu buat aku bingkas beralih drp posisi mengiring ke menelentang. Bila bidan & nurse nampak je keadaan aku macam tu, pantas bidan bagi arahan pd nurse suruh panggil doctor. Orang dah berpengalaman banyak pasti dah tahu dari reaksi badan kita that the time is now.

Lepas menelentang tu ada satu adrenalin yang mengalir dalam badan perasaan menderu deru datangnya seperti ombak yang bergulung gulung menghempas ke pantai. Haa..itu dia ayat yang sesuai utk aku gambarkan situasi masa tu. Rasa kat bawah tu ada keluar air panas gitu disamping rasa benda seketul besar gitu nak meluncur keluar. Menggeletar rasa tubuh badan sampai terangkat badan menahan rasa yang mendatang tu. Siryes memang tak dapat kawal dah masa tu sebab rasa tu datang naturally. Tak boleh control. Agaknya bidan dah nampak kepala baby nak keluar masa tu, so dia cakap jangan push. Tarik nafas hembus keluar kat mulut. Aku tak push maaa. Rasa nak je cakap macam tu masa tu haha. Baby yang nak keluar sendiri. Ingat senang ke nak tahan tahan? Haha. Sabor ajelah. Bidan siap tahan kepala baby dgn jari tak bagi keluar lagi masa tu. Ciskek betul. Kahkahh. Lain benar pengalaman kali ni taw. But I'm happy to share it here with you guys. Alhamdulillah, its a bitter sweet experience for me.

Akhirnya muka yang dinanti nanti sudah tiba. Bidan pun kata doctor dah datang, dia tengah pakai apron tu. Bukan apron nak memasak ye. Apron plastic supaya baju tak kotor kena darah ke apa. Bidan & nurse memang lama dah pakai sebelum tu. By the time Doc F duduk & aku nampak dia dah ready & she said OK mama push! Bersama dengan adrenalin ombak yang bertalu-talu datang tu, aku pun tarik nafas sedalam yang mungkin & push. Alhamdulillah tabarakallah, baby meluncur keluar dengan laju & semuanya aku dapat saksikan depan mata. Ya Allah, the baby is out already. I can hear he's crying and Doc F memberi salam kepada baby. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bidan ambil baby dari Doc F and terus letakkan atas dada aku. I can smile. Yes, now I can smile. Habi sempat ambil gambar aku & baby masa tu & I am smiling. Tak sangka hehe. Rasa happy, lega, syukur yang tak terkata. Its over Sharena. Everything is fine. You did it. I'm a mother of 3 now.

To be continued....

Mak nak pergi toilet pulak =P

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat